Archive for September 6, 2009

Aku Terima Nikahnya (ATN)….

Posted: September 6, 2009 in Buku

Salam teman-teman….

Jangan terkejut dengan tajuk post kali ni..hehehe…

“Aku Terima Nikahnya” adalah buku yang kita sempat beli kat Puduraya..masa nak balik ke kampung sempena cuti sekolah yang lalu….

Untuk tujuan promosi kali ini…..hehehe.. kalau anda ke Puduraya… jangan lupa singgah di sebuah kedai buku ( tak ingat pulak namanya..) ..banyak menjual buku-buku agama dan motivasi…..area platform 13-15

Sengaja nak habiskan masa sementara menunggu ketibaan bas… kedai buku tu menarik untuk dihabiskan masa… sebenarnya..baru 2 kali kita masuk kedai tu..hehehe… dalam dok membelek2 buku yang ada… tiba-tiba..ternampak buku nie…. kalau ikutkan tajuk buku nie.. tak adalah nak beli sangat.. tapi, sinopsis belakang kulit buku itu yang membuatkan kita terus membeli buku ini.

Dan.. dengan jayanya, kita dapat habiskan buku ni dalam masa 6 jam perjalanan dari KL ke Alor Setar….!

Kalau Indonesia berbangga dengan kisah cinta Fahri dan Aisha dalam “Ayat-ayat cinta (AAC)”…. dengan kehadiran buku ini… saya beri jaminan bahawa kisah dalam “Aku Terima Nikahnya” tulisan Ustaz Hasrizal jauh lebih baik dari Ayat-Ayat Cinta!

Sedikit petikan daripada sinopsis ATN yang membuatkan saya tertarik untuk membeli buku ini:

Saya dapat melihat wajah abang   yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui?

Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang petunangan saya dengan seorang bakal doktor juga amat terkejut.

“Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?”

Persamaan antara AAC dan ATN adalah… kedua-dua kisah bermula dan berlatar belakangkan  timur tengah.

Yang menjadikan ATN sebuah karya yang menarik adalah kerana ia berdasarkan kisah sebenar dan pengalaman  penulis di tempat orang…dan kisah hidupnya…. dan pandangan penulis.

Satu lagi kekaguman saya terhadap penulis adalah apabila penulis – Ustaz Hasrizal… membawa pembaca untuk melihat islam dari kacamata yang berlainan dari yang biasa.

Dalam buku ini juga, secara tidak langsung.. Ustaz Hasrizal menjawab persoalan-persoalan yang kita tidak terfikir tentangnya… sedangkan perkara tersebut telah ditanamkan dalam fikiran kita sejak kecil oleh ibu bapa kita….

Salah satunya adalah apabila Ustaz Hasrizal bertanya kepada neneknya ( sewaktu beliau masih kecil)… mengapa semasa dibacakan talkin setelah mayat dikebumikan,..si polan disebut berbinkan di  atau berbintikan ibunya…..

Selain itu…persoalan tentang persandingan juga terjawab….dengan jawapan yang kita boleh fikir lojiknya….

Bercinta adalah satu fitrah manusia. Banyak didedah di media massa tentang cara bercinta anak-anak remaja zaman sekarang… tetapi Ustaz Hasrizal membawa pembacanya untuk bercinta dengan cara yang dibenarkan oleh Islam. Islam yang sebenar…. bukan yang ortodoks…. isteri tidak boleh keluar dari rumah… mesti jaga makan minum suami.. bla..bla..bla..

Dalam buku ini diceritakan menyediakan makan-minum bukan sahaja terbeban dibahu isteri…. Ustaz Hasrizal telah membuktikan bahawa lelaki hebat juga boleh menyediakan makan dan minum untuk sang isteri…

Apa-apa pun…. pastikan anda mendapatkan buku ini…. sangat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat.. samada yang bujang ataupun yang sudah berkeluarga…..

cover_01

Persoalannya….masih wujudkan lelaki yang sebegini…? ( selain Ustaz Hasrizal la..hehehe)… tapi..dengan kelahiran buku ini…. semoga lebih ramai Abu Saif dan Ummu Saif yang dilahirkan…

dan jangan lupa lawati blog Ustaz Hasrizal http://www.saifulislam.com