Posts Tagged ‘keriang dot’

Salam teman-teman…

Dari tajuk di atas… pernah kawan-kawan jumpa buah nih..??

Saya tak pasti nama lain bagi buah ni kat negeri lain.. tetapi… di Kedah….buah ni memang dipanggil buah keriang dot….

 

 

Di Kedah, ada dua jenis buah keriang. Kalau disebut buah keriang sahaja… buahnya kecil-kecil…sebesar buah kismis. kalau ada dotnya….hehehhe sebesar ibu jari… buahnya yang boleh dimakan..bila dah bewarna purple gelap….

 

Rasanya..??? kalau yang tak berapa masak… masam-masam kelat….. tapi kalau dah cukup tua… manis ada.. kelat pun ada… sekarang… dah susah nak jumpa… buah keriang yg kecik pun rasanya sama.

Pokoknya… berbatang kayu, tinggi dan besar…. macam pohon ara… daunya….( kalau yg dah besar… tak der lah nak ambik daunnya kan..) digunakan untuk menyejukkan badan. Dulu… kalau kita demam…. cari daunnya…ramas dalam air…. buat basahkan kepala…kan time tu..demam… tak leh bangun….paling tak best… tidor atas bantal yang dilapik platik… ish…bila pusing jer…bunyi keruk..keruk..hehehhe… bukannya apa…tak mau bantal basah..

Buah nih sedap dimakan dengan garam… atau sambal belacan….( org kelantan panggil colek…)…

Jadi…. kalau nak tau rasanya….. kene la rasa sendiri….hehehe