Posts Tagged ‘buah nipah’

Salam bertemu kembali…..

Cuti bulan 12 setiap tahun sentiasa memberi makna kepada kita…..

Kali ni kita nak kongsi sejenis buah yang unik… buah nipah…

tau buah nipah??? pokonya macam pokok kelapa sawit… bentuk buahnya pun macam kelapa sawit…. tatapi, buah nipah ini hidup di kawasan berpaya….

Pokok nipah ni boleh dikatakan antara pokok yang serbaguna….

Pada zaman dahulu, daunya dibuat atap rumah… ( sekarang tidak lagilah… sebab kebanyakan rumah zaman sekarang beratap zink atau genting..)

My favourite…  nira nipah laa….

Nira nipah nih… nak cari memang susah sikit…..mula-mula, buah nipah dipangkas…atau dipotong….. bahagian yang telah dipotong pada pokok itu… diketuk… diikat dan digantung bekas untuk menakung air nira yang keluar….. air yg keluar… setitik demi setitk inilah yang dikumpulkan …. disejukkan dan dibungkus untuk dijual….

Ianya tidak dimasak… kalau dimasak.. dah tak sedap…. itulah sebabnya…. kalau beli pagi… kalau tak disimpan dalam peti sejuk….petang dah tak boleh diminum…. dah masam….. dah jadi tuak… ehehe ( kalau nak minum jugak…boleh jer…hehehhe.. mabuk ler)

Alhamdullilah… sekarang masih ada lagi nira nipah yang dijual…. minum masa cuaca panas terik… perghh… memang nikmat….

Itulah… kalau balik Kedah… mesti cari… al maklumlah…… kat Raub nih….memang tak jumpa nira nipah…bukan setakat nira nipah….batang pokok nipah pun tak der..hehehe…

Kalau di Kelantan, air tuak a.k.a nira kelapa lebih popular….( sayangnya…kita tak berkesempatan lagi nak cuba….heheh..mungkin sebab namanya.. air tuak kot..heheh jadi takut sikit nak minta..)

Jadi, masa balik kg hari tu… teringin pulak nak makan buah nipah….. Dah lama sangat tak makan buah nih…. ingat… masa kecik2 jer kita pernah makan….. nenek buat sira…perrrgghhh.. memang best lah….

Buah nipah dikopek dari tandanya dan dibelah. Isinya putih dan kenyal….. rasanya.. tawar… tu yang kena buat sira… kasi manis sikit..heheh… letak pewarna merah sikit…. baru menarik…. kenapa warna merah???. ntahlah… dah dari nenek lagi buat macam tu..hehe

disimpan dalam peti sejuk… dan dimakan ketika sejuk… memang sedap….

 

Buah nipah yang dikopek dari tandannya..

 

 

Isinya jernih.. kalau dah putih… dah tualah buah tu… tak sedap dah…keras… yang ini sedang eloklah tu…

Inilah hasil daripada setandan buah nipah tadi…

 

Air gula dimasak hingga pekat… dan diletakkan pewarna… inilah hasilnya….