Archive for the ‘apa-apa saja’ Category

Salam bertemu kembali…..

Cuti bulan 12 setiap tahun sentiasa memberi makna kepada kita…..

Kali ni kita nak kongsi sejenis buah yang unik… buah nipah…

tau buah nipah??? pokonya macam pokok kelapa sawit… bentuk buahnya pun macam kelapa sawit…. tatapi, buah nipah ini hidup di kawasan berpaya….

Pokok nipah ni boleh dikatakan antara pokok yang serbaguna….

Pada zaman dahulu, daunya dibuat atap rumah… ( sekarang tidak lagilah… sebab kebanyakan rumah zaman sekarang beratap zink atau genting..)

My favourite…  nira nipah laa….

Nira nipah nih… nak cari memang susah sikit…..mula-mula, buah nipah dipangkas…atau dipotong….. bahagian yang telah dipotong pada pokok itu… diketuk… diikat dan digantung bekas untuk menakung air nira yang keluar….. air yg keluar… setitik demi setitk inilah yang dikumpulkan …. disejukkan dan dibungkus untuk dijual….

Ianya tidak dimasak… kalau dimasak.. dah tak sedap…. itulah sebabnya…. kalau beli pagi… kalau tak disimpan dalam peti sejuk….petang dah tak boleh diminum…. dah masam….. dah jadi tuak… ehehe ( kalau nak minum jugak…boleh jer…hehehhe.. mabuk ler)

Alhamdullilah… sekarang masih ada lagi nira nipah yang dijual…. minum masa cuaca panas terik… perghh… memang nikmat….

Itulah… kalau balik Kedah… mesti cari… al maklumlah…… kat Raub nih….memang tak jumpa nira nipah…bukan setakat nira nipah….batang pokok nipah pun tak der..hehehe…

Kalau di Kelantan, air tuak a.k.a nira kelapa lebih popular….( sayangnya…kita tak berkesempatan lagi nak cuba….heheh..mungkin sebab namanya.. air tuak kot..heheh jadi takut sikit nak minta..)

Jadi, masa balik kg hari tu… teringin pulak nak makan buah nipah….. Dah lama sangat tak makan buah nih…. ingat… masa kecik2 jer kita pernah makan….. nenek buat sira…perrrgghhh.. memang best lah….

Buah nipah dikopek dari tandanya dan dibelah. Isinya putih dan kenyal….. rasanya.. tawar… tu yang kena buat sira… kasi manis sikit..heheh… letak pewarna merah sikit…. baru menarik…. kenapa warna merah???. ntahlah… dah dari nenek lagi buat macam tu..hehe

disimpan dalam peti sejuk… dan dimakan ketika sejuk… memang sedap….

 

Buah nipah yang dikopek dari tandannya..

 

 

Isinya jernih.. kalau dah putih… dah tualah buah tu… tak sedap dah…keras… yang ini sedang eloklah tu…

Inilah hasil daripada setandan buah nipah tadi…

 

Air gula dimasak hingga pekat… dan diletakkan pewarna… inilah hasilnya….

Salam teman-teman…

Bagaimana keadaan anda sekarang..? Bagus..? mesti bagus kan…. sebab kita masih bernafas di muka bumi ni…. masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup ini….

Kali ini kita nak bercerita tentang kegilaan kita masa ini.

Sekarang nie kita tengah gila kat sorang mamat nie…. setiap petang mesti tunggu dia punya…tak leh miss….malam pun macam tu jugak…..ish…nak tau sapa dia…..??? namanya micheal smith….hehehe..tau tak sapa dia nie….Chef at Home laa…..channel 703 – asian food channel….setiap hari…jam 5.30ptg.. malam pkul 11.00…

best betul chef nie… memang minat gila lah kat dia nih…..tapi tak gila lagi la..hehehe..sib baik…

Apa yang best pasal dia nih….cara dia nih masak…simple jer….dah tu suka hati dia jer campak….

Naked chef kita tak minat…. kawan kita cakap….cara dia masak pengotor….uli pakai dua belah tangan..ish…

tapi chef at home nie bersih….tak banyak uli pakai tangan …. lagi satu ..chef at home nie cara penyampaian dia best….macam ikhlas jer..cara dia bercakap memberi inspirasi kepada orang lain….benda mengarut2 tak der lah banyak sangat dalam resepi dia-contohnya arak la…eemm….

Petang tadi….selepas tengok Chef at home…kita tengok pulak citer Spice route….tv3. Cerita tentang chef dr Malaysia ( tak ingat pulak namanya sapa…Master chef Sabri kot..kalo tak silap..).. cerita dia pergi satu tempat di Albania, Tirana ( macam Tari Tirana pulak..)…. dia bertukar resepi dengan chef  di sana. Menunya… masak biri-biri…..eeerrr….tengok macam tak sedap jer…. daging kambing tu diletakkan dalam pan, carrot, kentang bawang…dipotong dan diletakkan sekali….dicampurkan olive oil dgn air…. letak secubit garam dan secubit serbuk lada….eerrr…. pastubakar macam bakar bahulu…mesti tak sedap sebab garam tu sikit.. serbuk lada pun secubit jer..ish…pastu.. Chef dr Malaysia masak….perrgghhh… dia masak daging masak kurma…..banyak letak rempah adabi la….( sebab di sponsor olej Adabi…)…memang nampak sedap…..

Kesimpulannya selepas kita tengok dua-dua rancangan tu adalah…..rupanya makanan orang Eropah tak banyak rempah sebab rempah mahal…(rempah banyak ada di sebelah Asia..) tu sebab zaman dulu omputih datang tanah melayu cari rempah…

Jadi….kita patut berbangga dengan makanan kita yang agak rumit untuk disediakan…kerana itulah keistimewaan kita….sebagai orang Asia.

Jadi sekarang nih…azam kita…cuti sekolah nanti…balik kg…cuba masakan tradisional Pahang – nak masak Asam Rong…hehehe..

Apa-apa pun… Chef At Home..tetap di hati..hehehe. Dan kita nak petik kata-kata dia yang kita suka sangat..( ish..berapa byak suka la…..)….” my secret recipe is…cook without recipe….”…:)

 

found at Masjid

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ).

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab “Pedang “

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.