Nasib si anak perantau….

Posted: April 20, 2010 in Diari
Tags: ,

Salam buat teman-teman….

Hari ini 20 April 2010….bermakna genap 20 hari kita duduk di rumah baru……

Sungguh tak disangka….begitu sukar sekali mendapat tempat di Raub ini….

Pengalaman selama 10 tahun merantau…..inilah yang paling teruk…..

Diberi notis 24 jam.. keluar rumah…..terasa seperti pengemis…. hampir merempat di tepi jalan…. sesuatu yang sunggu kejam dan tidak berperi kemanusian!!!….

Tapi apa yang hendak di kata….hidup menumpang….begitulah adatnya…..bagaikan mentimun…..digolek pun kena…menggolek pun kena….

Tetapi…apa yang nak dikata….apa yang hendak di sungutkan…..dah diri sendiri jugak yang hendak hidup merantau….hendak berdikari….kononnya…..

Mungkin ini adalah satu peringatan daripadaNya…. ” Sudah sampai masanya…anda kembali berbakti di pangkuan ibubapa…di tanah tumpah darah…..seperti yang pernah dijanjikan dahulu….10 tahun untuk merantau…..” tahun ini….tahun ke-11….sepatutnya anda kembali ke pangkuan keluarga….eemmm….

Ataupun  satu ujian….10 tahun hidup merantau….tanpa kesusahan yang nyata….diberi tuhan sedikit cubaan….menguji ketahanan yang telah dibina selama ini….. cukup ampuh atau tidak untuk menghadapi dugaan….sedikit sangat ujian yang diberikanNya….tentu tidak patut disungutkan….

Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang….

Dalam setiap kesusahan….pasti ada kesenangan…..pasti ada pertolongan yang diberikan…

Walaupun dihalau dalam masa 24 jam…. Allah mempermudahkan segala urusan….. begitu mudah kita mendapat rumah sewa baru….begitu mudah kita mendapat lori untuk mengangkat barang-barang…. dan tidak lupa kepada jiran yang menghulurkan bantuan….ramai yang membantu….terutamanya cikgu-cikgu sekolah yang membantu mencarikan rumah sewa! Terima kasih tak terhingga….

Perkara yang telah berlalu… tidak perlu diingat dan dikenang lagi…

Jika dilihat kejadian ini dari sudut positif:

1) Kita dapat mengenal lebih ramai manusia yang bersikap jelek ( sorry.. tak dapat nak fikir perkataan yang lebih sesuai)… ya lah….selama ini kita hanya berjumpa dengan manusia-manusia yang baik-baik sahaja….ya…sepanjang 10 tahun pengalaman…. sangat sedikit kita berjumpa dengan manusia yang bersikap jelek dan pelik nie…( Hairan bin Ajaib pula rasanya…10 tahun hidup merantau di Kuala Lumpur….tidak kita berjumpa dengan manusia2 ini…tetapi 1 tahun lebih di Raub….kita berjumpa ramai manusia2 ini…eeemmm…satu pengalaman baru….pengalaman yang memantangkan…insyaalah..)

2) Mendapat tuan rumah yang lebih prihatin….walaupun jiran tetangga daripada kaum Cina dan India…. tetapi….baguzz saja…satu lagi pengalaman baru….persekitaran baru….1 Malaysia lah katakan…hahaha

3) Allah menyelamatkan kita daripada terbuka aurat dengan *******************. Di kawasan baru ini… kita agak “bebas” sedikit dari segi berpakaian….bukan bermaksud jiran dari bangsa dan agama lain membolehkan kita membuka aurat…bukan…tetapi keadaan rumah yang agak tertutup dari pandangan luar….

Semoga perpindahan kita ini memberi manafaat kepada kita….

Dan kepada Tuan Rumah lama….. Semoga penyewa baru anda lebih baik daripada kami… ( sudah semestinya …. penyewa baru itu….orang “Yang paling Bagus” … “Yang Banyak jasanya” di Raub nie….eeemmm…

p/s: IKLAN : Untuk anda yang berada di Raub….atau akan ditukarkan ke Raub….atau akan bertugas di Raub… ada bilik untuk disewakan…..tetapi HANYA UNTUK WANITA MUSLIM SAHAJA..:)

Advertisements
Comments
  1. nurul says:

    salam,
    erm kat mane yg ade bilik tuk disewakan di raub tu?
    nnt contact sy ye. 017 7368522. urgent!
    tQ

  2. Nizarejab says:

    Alamat: Taman Bintang, Cheroh. ( 20 minit dari Bandar Raub)
    Public transport senang.
    call saya di: 012 2915162

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s