Pesta buku antarabangsa…..!!!!

Posted: April 22, 2009 in Buku

Salam…..

Akhirnya berjaya jugak pergi ke Book Fair pada Sabtu lepas ( 18/04/2009)..

Perrgghh….memang best gila… memang gila la…..

Kita sampai kat book fair dalam hampir pukul 1 petang…. masa tu tengah ada book fair launching…ada lah artis seperti Azhar Sulaiman ( ooo rupanya dah dapat datuk dah….) dan Irma si aweks Nabil…

Crowd….memang tak yah cakap laa.. ramai betul… nampaknya kegawatan ekonomi tidak pernah menghalang rakyat Malaysia untuk shopping……hehehehe

Kali ni book fair bermula dari ground floor…biasanya…tahun lepas dibuat dibuat di banggunan sebelah dah bersambung dengan main building…. kali ni lebih selesa la….

Mula round kat ground floor….banyak betul duit habis… dah fikir ” alamak..nie baru ground floor….belum tingkat lain lagi….ish”…. tapi memang puas hati la beli kat sini….

Budget? memang dah budget untuk book fair nie…tapi….eeerrr…over budget sket …lebih seratus daripada yang dibudgetkan …. hehehe.. kan dah cakap….jadi gila

Inilah masa kita shopping banyak buku…. sebelum nie…masa book fair tak berapa nak ada duit….kali nie…ada duit sket… tu pun terpaksa stop….dah tak leh nak jalan-jalan sangat lepas membeli…takut kang balik dompet terus kosong…

Jumlah buku yang kita beli….20 buah ( emmm..ngam-ngam jer..hehehe)

Banyak buku sejarah…sejarah Brunei – sebelum pergi ke book fair dah teringat nak beli buku dari Brunei….dan kita berjaya membeli 5-6 buah buku sejarah Brunei… Kawan-kawan mesti pulak terfikir…mengapa plak beli buku sejarah Brunei…? jawapannya senang jer…selama nie terlalu sedikit atau tidak tau langsung tentang sejarah Brunei… padahalnya…ia adalah jiran terdekat kita… dan semestinya ada kaitan dengan sejarah melayu kan…..

Tahukah anda bahawa Sarawak pernah ada Sultan – yang bernama Sultan Tengah. Sultan Tengah adalah sultan Sarawak pertama dan terakhir…( sebenarnya baru baca jer..hehehe). Makam sultan ini ada di Sarawak dan telah dibaikpulih. Sultan ini berasal dari kesultanan Brunei. Dan yang kita selama ini panggil Sabah dan Sarawak – Kepulauan Borneo, Borneo adalah Brunei yang disebut oleh orang barat….hehehe…panjang pulak cerita pasal Brunei….itu baru intronya…hahah

Buku lain….banyak borong buku dari True Wealth – Azizi Ali…. kebetulannya masa lalu kat booth True Wealth nampak Azizi Ali…tu yang borong sakan…dan seperti biasa…dapatkan autographnya….

Ada beli 1 novel Aina Emer…..sebenarnya kita ni bukannya jenis orang yang suka baca novel yang macam nie…tapi sebab dah dipesan oleh Dilla – my x-roomate dulu…nak novel Aina Emer…kita pun beli satu untuk diri sendiri…hehehe itu pun kebetulan Aina Emer tengah ada…. dapat lagi autograph…

Buku politik ada beli 3….dan 1 buku lagi yang menarik yang kita beli ( diskaun 10% jer..) buku dari Institut Terjemahan Negara Malaysia…Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 191-1965. Buku ni adalah himpunan dari perjanjian-perjanjian Malaysia seperti Perjanjian Raja Britain dengan Sultan-Sultan di tanah melayu.

Eerr….terhabis ke baca buku-buku nie..? Tak per…stok setahun….hehehe 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s