3 April 2009 – Suatu peralihan kuasa….

Posted: April 3, 2009 in Nukilanku...

Hari nie…macammana pun kena menulis dan post artikel… sebabnya:

Hari ini adalah hari yg sangat penting…. Hari yang akan tercatat selamanya dalam sejarah negara. Hari ini….Pak Lah menyerahkan mandatnya sebagai PM kepada Najib Tun Razak… Maka…Lengkaplah teori RAHMAN hari ini…

Angkat sumpah PM baru...

Banyak juga berita yang kita tertinggal…. Cuma tadi petang…dlm pukul 4 lebih tak sengaja tertengok tv… ada siaran secara langsung dari Putrajaya… hari terakhir Pak Lah sebagai PM dan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Najib…. tepat jam 4.50 petang… Ramai kakitangan kerajaan yang menunggu di luar pejabat Perdana Menteri, Putrajaya…. ( tak pasti pulak samaada mereka memang menunggu dengan rela hati ataupun telah diarahkan….biasalah…. ” kami yang menurut perintah”….) tunggu Pak Lah punch out buat kali terakhir sebagai PM…

Tak pasti pulak kita apa perasaan kakitangan2 kerajaan yang berada kat situ…. Sedihkah…kerana Pak Lah mengundurkan diri @ sedih kerana Datuk Najib menjadi PM atau gembirakah kerana Pak Lah telah mengundur diri atau gembira kerana akhir jawatan yang ditunggu-tunggu akhirnya menjadi milik Datuk Najib jua….?

Ibarat kata Nabil ” Lu pikir lah sendiri”….

najib

Apa akan terjadi..? Corak pemerintahan yang macammana?.... corak diktator? Nazi? Komunis? Islam Hadari? Bla..bla…bla….kita tak tau….kita mungkin boleh meramalkan….tapi apalah sangat ramalan kita bukan….. kerana apa jua rancangan kita ..kelak….rancangan Allah juga yang berlaku….

Namun…apa yang boleh kita katakan… setiap PM yang pernah meneraju Malaysia mencipta sejarahnya yang tersendiri…. Tun Mahathir mencipta sejarah sebagai PM yang paling lama memegang tampuk pemerintahan negara…. sementara Pak Lah pula mencipta sejarah sebagai PM yang paling tidak gila kuasa…. paling lembut….paling baik hati……paling mudah memberikan jawatannya…( kalau negara lain… sanggup berbunuhan untuk mendapatkan jawatan yang wujud hanya 1 jawatan bg 1 negara…)..ibarat kata orang utara..” Hang nak ambik….ambiklaaaahhh……tak pa….”. Lagi pun..orang-orang utara nie memang baik hati pun..heheh…

Datuk Najib…..???….Kita tungggguu….. apa sejarah yang bakal tercipta….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s