Selamat Menyambut Maulidur Rasul….

Posted: March 9, 2009 in kawan-kawan aku
Tags: , ,

 

Macam mana cuti 3 hari..? Seronok ? Mestilah bukan? Dapat melarikan diri dari tekanan kerja.

 

Busy betul kita cuti 3 hari nie…

 

Hari Jumaat sampai KL..terus lepak tempat biasa….Keramat..malamnya g outing dengan x-housemate n member-member lain kat Serdang ( tempat biasalah nie..lepak kat Maulana)

 

Esoknya, hari Sabtu…janji nak pergi ke rumah Walida dengan Pjah….both of them are my x-roomate masa kat Bangi dulu…. Lepak sampai petang…. And then terus ambik ERL dari Bandar Tasek Selatan ke Kota Warisan, Salak Tinggi, Sepang

 

Sampai kat Salak Tinggi dah pukul 7.30 malam. Rehat sekejap….terus packing barang-barang. Nasib-baiklah tak banyak sangat yang perlu di packing kan sebab kebanyakkannya dah sememangnya berada dalam kotak. Perrghhh… penat betul….

 

Keesokkannya ( Ahad) lori dari Raub datang mengambil barang yang di packing ke Raub…. Maksudnya nak pindah terus dah la…hehehe… sib baik lah tak der sangat barang-barang besar seperti sofa ke…almari ker…. Barang-barang yang paling besar pun tilam dengan meja makan jepun ( cantik tau meja nie… antic…permukaannya macam marble.). Kita nie kalau nak membeli barang selalu beringat… susah ker senang nak bawak kalau pindah…heheh

 

Lori sampai dalam pukul 12.30 tghari dan habis loading barang dlm pukul 1.30 ptg… setelah kemas rumah sikit… terus g KL. Dating dengan Mazlini pulak..hehehe… perempuan nie nak shopping…ye lah..gaji dah masuk ( last-last bukannya dia yang membeli…kita pulak yang membeli..hehehe)…

 

Terus, lepas jer jumpa Lini…dlm pukul 8.00 mlm…. Pergi ke KLCC….tengok wayang.. citer Ipin dan Upin…. Dengan member-member silat….hehehe…tak sangka…ramai gak yang ikut….anak-anak diaorang siap pakai t-shirt Ipin n Upin lagi… minat betul diaorang dengan Ipin dan Upin.

 

Ulasan cerita Upin dan Ipin….best giler! Sangat direkomenkan kepada peminat-peminat cerita animasi menonton cerita ini. Memang kelas…. Setanding cerita Shrek…Madagascar dan cerita-cerita animasi keluaran barat…. Memang mengagumkan sebab anak tempatan boleh buat cerita yang macam ini…. Sesiapa yang tak minat cerita animasi pun disarankan pergilah menonton Upin dan Ipin nie… sokong lah hasil karya anak tempatan….

 

Akhirnya, hari Isnin..dapat lah berehat…..balik ke Raub macam biasa… tiket pukul 3…. Naik bas Lin Seong…..bus favorite la kiranya nih…hehehe…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s