Mohd Aswad yang mengagumkan….

Posted: December 19, 2008 in Uncategorized

Salam bertemu kembali….

Post kali ini adalah tentang kisah seorang remaja lelaki. Namanya Mohd Aswad… baru berumur 22 tahun….

Semalam, berkesempatan berjumpa dengannya. tu pun dah lewat, dalam pukul 11 baru dapat jumpa. Baru balik dari kerja…katanya…yah….kita percaya…dengan penampilannya yang kemas…berseluar slack dan berkemeja belang-belang..sangat berbeza dengan Aswad yang kita kenal dulu…

Kita mula mengenali Aswad….beberapa tahun dulu…. Masa bekerja dengan Laris Pessona Management Sdn.Bhd. di Keramat Wangsa. Jawatannya adalah sebagai despatch yang menggantikan Izzuan Hashim yang berhenti kerja kerana mendapat tawaran yang lebih baik…. Izzuanlah yang merekomenkan Aswad menggantikannya. Seorang lagi despatch yang juga kawan mereka adalah Idris.

Izzuan, Aswad dan Idris …sahabat tiga serangkai….. sangat bagus dalam menjalankan tugas mereka. Memang kita akan bagi best recommendation for three of them. ( rajin bekerja – tidak culas, mendengar arahan, ada keinginan untuk belajar)

Izzuan nie sangat mudah untuk diminta pertolongan. Pernah kami nak berpindah….. almaklumlah….semua perempuan….manalah terdaya nak mengangkat barang yang penuh satu lori tu….siapa lagi yang menolong…. Izzuan and the genglah yang jadi tukang angkat barangnya…hehehe ( sama juga masa kita pindah ke Sepang last year….Izzuan dengan Aswadlah yang mengangkat barang dari rumah di Apt. Mawarsari – tkt 15 ke Apt di Kota Warisan, Sepang di tkt 4 ( yang tidak ber lif –eerrgghh..) dan di bulan puasa pulak ketika itu….)

Berbalik kepada cerita Aswad tadi, taraf pendidikannya hanya setakat SPM sahaja. Tapi, kerajinannya dan keikhlasannya bekerja – mencari duit dan cara dia berfikir amat mengagumkan kita.

Aswad kini bekerja bertaraf tetap di DBKL – kalau tak salah sebagai pekerja am; yang menjaga taman DBKL. Petangnya, setelah balik kerja – buat kerja part-time sehingga pukul 10.30 mlm. Kerja part-timenya tak pasti pula apanya. Puas tanya, tak nak bagi tau. Katanya syarikat franchising. Katanya, kalau akak nak tau boleh pergi officenya berhampiran KLCC, untuk dengar taklimat. Apa dia? Tak taulah….

Kata-katanya sebelum kami berpisah semalam…. “saya tak nak susahkan mak bapak saya. Impian saya, kalau boleh saya nak hantar diaorang pergi Mekkah. Nak bagi mereka duit…. bukannya mintak duit lagi kat mereka….” kata-kata yang sangat matang dari seorang yang begitu muda….

Mohd Aswad bin Abdul Ghani – kalau beginilah sikap dan pemikirannya, tak mustahil suatu hari nanti dia akan menjadi seorang yang berjaya. Berapa ramai graduan di luar sana yang berfikiran sepertinya – Tidak mahu menyusahkan Ibu bapa dan nak menyenangkan hidup mereka ?

Cuma satu pesanan buat Mohd Aswad – berhati-hati dalam melangkah…takut-takut terperangkap dalam jerangkap samar atau tanah jerlus. Dan jika terperangkap, pastikan akar untuk berpaut cukup kukuh…. bukan akar yang rapuh…. dan teruskan melangkah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s