Dalam Kenangan…

Posted: November 30, 2008 in Uncategorized

Salam…

Entah mengapa….dalam perjalanan ke Maju Junction semalam, di hadapan bangunan Sultan Abdul Hamid tiba-tiba teringatkan Fadzli. Dalam teksi, dengan arus jalanraya yang agak lengang…tiba-tiba terfikir…ah.! kalau dulu, mesti diwaktu nie kalau ada lagi arwah… boring-boring mesti dah call dia. Dia akan jawab panggilan dan sangat mudah untuk diajak berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Kalau berjumpa dengannya… seringkali ditanya… ” ha! nak kemana…?” sebut sajalah kemana…. akan dibawanya kemana yang dihajati dengan kancil meroonnya…BEB 6776. Ataupun kalau ada tempat yang hendak dibawanya… ” Jom, aku nak nak bawak pi satu tempat…”

Siapa lagi yang gila kalau tidak dia… Fadzli lah yang membawa kita ke ceruk lorong Haji Taib…melihat kupu-kupu malam dan bapak-bapak ayam yang melata seperti yang sering dipaparkan di akhbar… yang selama ini hanya dibaca dalam majalah atau akhbar… dia jugalah yang gila membawaku berjalan di Jalan Chow Kit, sewaktu dinihari menjelang, cari kasut katanya… di situlah aku mengenali wajah Kuala Lumpur di waktu malam…. Planet Hollywood…Zouk…Jalan Bukit Bintang…

Maaf….jangan ada yang salah faham…. kami tak pernah pun masuk ke tempat macam tu… cuma lalu sahaja… melihat kemeriahan malam…. melihat cara remaja-remaja masa kini yang menghabiskan masa malam mereka. Dan dialah yang menjadi pencerita tentang kisah mereka kepadaku…lepas round sekitar KL…biasalah….pergi makan kat warong…. favoritenya…laichikang….ada satu warung dekat Keramat Au3, tempat favoritelah tu…katanya laichikang kat situ sedap…but unfortunately…not my taste… manis sangat….

Apa lagi perkara gila yang kami buat….. eemmm….shopping raya kat jalan Masjid India pukul 1 pagi…esoknya dah nak balik Kedah…. sempat la borong kain sampin untuk bapak saudara dan abah….:)

Tempat makan favorite kami adalah di Perantau… tau di mana? .. Kajang…
Waktu tu, aku tinggal di Keramat Au2 dan Fadzli tinggal di Bukit Antarabangsa bersama keluarganya… sebab itulah dengan mudahnya boleh mengajak dia kemana-mana…. yelah… dekat…
Pernah satu malam masa berjumpa dia bertanya…”hah! nak ke mana kita..?” …. ” Perantau nak…?”
” Ok…”

Bayangkan kami dari Keramat ke Kajang semata-mata untuk makan sahaja. Menu standard….nasi putih, paprik seafood, sup cendawan @ sayur campur, telor dadar dan sambal belacan.

Yang tak sempat kami pergi…Genting Highland… waktu tu…dah pukul 12 tengah malam…

” alah dekat je Genting, 2 jam sampai laa..” katanya…

” Wei…gila hang….sampai sana pukul 2….nak balik sini balik…pukul berapa…? esok keje…” tu pun lepas lepak kat warong kat Keramat.

Tapi sayang….wahai teman sekalian….
kerana aku amat mempercayai lelaki ini lebih dari aku mempercayai diriku sendiri….
sehingga ada perkara yang dilakukannya yang menyebabkan aku rasa betapa diriku dikhianati….
terus….perhubungan kami terputus….
setelah 2 tahun hilang tanpa berita…tiba-tiba berita kematiannya yang sampai ke telingaku….
boleh anda bayangkan….wahai teman sekalian… bagaimana rasa hatiku….
betapa…aku yang memutuskan perhubungan ini, tapi….itu tidak sepatutnya…
kehilangan seorang sahabat karib…betapa aku sangat menyesal atas perbalahah kami…
dan betapa…. setelah 2 tahun berpisah…aku cuma sempat menghadiri majlis perkebumiannya dan majlis tahlilnya….tanpa sempat berjumpa dengannya buat kali terakhir…
hari terakhir aku berjumpa dengannya adalah dihari perbalahan kami….ah!…
betapa sebenarnya…..ada luka yang sentiasa berdarah…

jadi…wahai teman… andai ada yang terbuku…luahkan sahaja…. andai ada luka berdarah….khabarkan saja….kerana lebih baik menyesai kerana anda menyatakan apa dihati daripada menyesal kerana tidak pernah menyatakannya…

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…Amin…

Zah...Fadzli... and me

Zah...Fadzli... and me

Zah…fadzli n me…
Advertisements
Comments
  1. ida says:

    itulah niza, kadang2 ego diri hanya akan runtuh bila dia pergi,
    keras hati hanya akan cair bila dia tiada lagi..kesal memang ada tapi x berguna lg..yg penting hadiahkan doa untuknya tanda persahabatan kekal abadi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s