Pengalaman di Terengganu; Hari 1

Posted: June 27, 2008 in Uncategorized

Salam bahagia kepada semua.

Apa khabar semua, harap semua berada dalam keadaan selamat sejahtera hendaknya.

Post terakhir adalah cerita tentang percutian ke Terengganu … Tak sempat pulak nak menulis sebaik sahaja sampai di asrama.

Percutian ke Terengganu sememangnya sangat mencabar….fizikal dan mental.

Kita bertolak ke Terengganu pada malam 28 hb Mei jam 11 malam. Sampai pada 29 Mei, pukul 5.30 pagi di Stesen bas Kuala Terengganu. Sejak awal lagi dah plan memang kali ini akan bercuti ke Terengganu, memandangkan kali ni ramai member dari negeri ini yang berkahwin. Disebabkan tak dapat menumpang di rumah Syidah dan juga rumah Noreham, kita gamble sahaja ke sana. Nasib baik dapat hotel. Hotel Alamanda. Check-in dalam pukul 10 pagi. Tu pun lepas puas tidur kat surau hentian bas.Keadaannya- kira ok lah…sekadar untuk tidur dan mandi. Tv ada disediakan, tapi tv itu untuk perhiasan sahaja…hehehe..rosak. Harga sebilik single – RM 40. Tapi sayangnya bilik single dah habis, yang ada bilik double – RM 60. Check hotel lain yang berdekatan harga lagi mahal- RM 85. Student lah katakan…. Mana lah ada duit sangat nak belanja kan..hehehehe…jadi booked Hotel Alamanda selama 3 hari.

Dapat jer kunci bilik, apa lagi….terus sambung balik tidur… yalah…tidur kat dalam bas dan surau manalah selesa sangat. Dah jumpa katil…apa lagi…..tidurrrr la….hehehe. Tambah ada aircond dengan selimut tebal….Pergh…best giler….

Dalam pukul 12.30 tengahari, kita bersiap-sedia untuk ke rumah Peng – kenalan lama yang melangsungkan majlis kahwinnya pada hari tersebut ( 29 hb Mei) di Kampung Pulau Rusa. Disebabkan kita ni tengah buta Terengganu, jadi jalan yang terbaik adalah cari teksi. Pergh…mahal betul – RM 15…dari stesen bas ke Pulau Rusa bukannya jauh pun…..tapi kita kat tempat orang kan…so…daripada pakcik teksi tu kita tanya jalan nak ke Kg. Losong – untuk majlis kawin Lini plak pada 31 hb Mei…. Rupa-rupanya ada banyak Kg. Losong kat situ….tapi kita tak pasti sangat rumah Lini kg. Losong mana, tapi dah dapat gambaran lah kat mana. Tak jauh pun dari pusat Bandar.

Hotel Alamanda terletak di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu. Sangat dekat dengan Dataran Shahbandar dan Pasar Payang. Jadi, lepas balik daripada majlis Peng, kita pergi jalan pulak di Dataran Shahbandar. Waktu tu ada Karnival Mencandat Sotong. Aktiviti yang diadakan – gerai-gerai jualan dan pertandingan karaoke…. Disebabkan kita tak der plan apa-apa, so lepas jalan-jalan sekitar gerai-gerai jualan, kita lepak bawah pokok tengok pertandingan karaoke. Ok lah…. Tapi ada seorang peserta ni, remaja lah dalam lingkungan awal 20-an, mempunyai suara yang sangat sedap. Waktu kita tengah beli air, terberhenti sekejap…dalam hati.. “ ish..artis mana pulak ni….macam muka Fiq…suara pun ada macam Fiq…” ( kita ni kan peminat Fiq..hehehe )last-last…lepas turun dari pentas…baru perasan bukan… peserta lain-biasa sahaja….biasa macam mana..? yalah..kalau nyanyi lagu Jamal Abdilah pun bunyi macam Jamal, nyanyi lagu Allycat…pun bunyi cam David Arrumugam yang nyanyi…..biasa lah kan….

Lepas tu, maghrib…balik hotel…bum..beng..bum…beng….tidur….sebelum tu… sempat plan esoknya hendak kemana pulak….sebab 30hb…masa untuk aktiviti bebas..

Advertisements
Comments
  1. ida says:

    haiiii cek nija nih, tak abis2 dgn perangai ‘on the sport’ dan ‘gamble’ nye serta ‘selamba’nya…teganu mmg best!

  2. ida says:

    haiiii cek nija nih, tak abis2 dgn perangai ‘on the sport’ dan ‘gamble’ nye serta ‘selamba’nya….teganu mmg best!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s