16 Mei – Selamat Hari Guru

Posted: May 17, 2008 in Uncategorized

16 Mei 2008 – Seluruh Malaysia menyambut hari guru….

Untuk pertama kalinya aku pula menerima ucapan sebegini…hehehe…

Selama ini aku yang mengucapkannya kepada guru-guruku… tetapi untuk kali ini, banyak ucapan diterima dari teman-teman…terima kasih teman…( walaupun sebenarnya aku belum layak untuk menerima ucapan sebegini..:-))

” Menderhaka kepada guru” – anda pernah dengar frasa ini?- pastinya pernah ….. dalam cerita purbakala..bila seseorang murid yang menuntut ilmu persilatan menyalahgunakan apa yang dipelajarinya…. bagaimana pula zaman sekarang..?

” Menderhaka terhadapa anak murid” – pernah dengar frasa ini…? saya sangat yakin….dalam seratus kali kita mendengar ayat Menderhaka terhadap guru, mungkin satu atau tiada langsung ayat Menderhaka terhadap anak murid terdengar….betul bukan..?

Tapi, tanpa disedari sebenarnnya inilah yang banyak berlaku dalam institusi pendidikan kita sekarang. Ramai guru yang sebenarnya yang Menderhaka kepada murid ( “Aku bermohon kepadaMu semoga aku tidak tergolong dalam ketegori guru yang sebegini”)

Bagaimana boleh ku katakan sebegitu…? bila guru zaman sekarang tidak lagi ikhlas menjalankan tugasnya…( ikhlaskah aku..?)..menjalankan tugas sambil lewa…..itu menderhaka namanya…

Selain itu… layakkah seseorang itu bergelar guru…?( layakkah aku…?)… pengalaman aku belajar …sekarang di tempat khas untuk melatih guru mendedahkan aku betapa sebenarnya ada yang tidak layak bergelar guru..( maaf andai ada yang tersinggung…)..tidak langsung layak bergelar guru kepada bakal guru walaupun telah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan….. ( nau’zubillah….)

Namun, apa yang boleh diperkatakan… mungkin ini adalah salah satu latihan yang kami perlu tempuhi sebelum bergelar guru yang mampan ( betul kah perkataan ni?:-))

Sekalung ucapan terima kasih kepada para pensyarah – pensyarahku….. jasa dan kenangan bersama kalian amat dihargai….

TERIMA KASIH CIKGU…!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s