Pesta Buku Antarabangsa…

Posted: April 19, 2008 in Uncategorized

Pesta Buku Antarabangsa – 4 April – 13 April….

11 April 2008 bersamaan hari Jumaat, kita telah pergi ke Pesta Buku di PWTC. Kali ini, best sket pergi ke pesta buku kerana tengah ada duit…( hehehe) tak macam tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya….. time tengah bulan……tengah tak der duit……jadi pergi tengok jer lah…. tahun ni ada la budget sket untuk ke pesta buku…..kedua… yang bestnya, kita kebetulannya cuti hari Jumaat….so pergi masa orang kerja…. jadi tak ramai orang sangat…. kiranya tak sesak la…. last year….pergh….masak la…. penuh sangat dengan orang…..bersesak-sesak….

Buku yang dibeli….

1. Kecemerlangan sains dalam tamadun islam: sains islam mendahului zaman. Keluaran Akedemi Sains.
Dah lama nak beli buku ni, ada ternampak buku ni dijual semasa Pameran Tamadun Islam kat KLCC dulu… masa tu tak tau ada jual buku….jadi memang tak der budget untuk beli buku… dah jumpa kat pesta buku ni…terus beli. Buku ni ada gambar dan sedikit penerangan tentang semua bahan pameran masa Pemeran Tamadun Islam dulu.

2. mXe! – buku Azizi Ali

3. The Millionaires Chronicles – Azizi Ali

4. The Millionaire in me- Azizi Ali

5. Your right to be rich- Azizi Ali

6. Karya nan Indah – Faizal Tehrani.

Banyak pulak buku Azizi Ali kan….hehehe…bukannya apa…buku-buku tu dilelong…dengan harga murah ( sebab cover lama ) , jadi tu yang borong banyak..

Buku Karya nan Indah – Faizal Tehrani…..apa boleh dikata ya….. sebenarnya dia bukanlah penulis pilihan….. tetapi salah satu hobi baru….. dapatkan tandatangan penulis buku…..

Kebetulan masa kita pergi ke Pesta buku tu, penerbitan Ameen mengadakan pelancaran buku terbitannya. Ada 4 buah buku yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said…. Satu tu cerita tentang pengalaman penulis ini yang merupakan seorang doktor perbidanan, seorang lagi penulis yang mempunyai kepakaran dalam membaca tulisan ( jadi buku dia menceritakan tentang jenis tulisan dan perwatakkan seseorang…), Faizal Tehrani….Karya nan Indah….adalah buku panduan untuk seorang penulis baru. seorang lagi penulis kita terlepas…:-).

So, kebetulan semasa lalu kat booth penerbitan Ameen, kebetulan Faizal ada, so, terus jer sambar buku dia dan mintak autograph dia…hehehehe….

( buku kita yang lain yang ada tandatangan penulisnya adalah buku tulisan Irfan Khairi dan Dato Fadhilah Kamsah)

Mari kita bercerita tentang Faizal Tehrani(FT)…. kita pernah berjumpa dengan Faizal Tehrani 2-3 tahun dulu kat Pesta buku jugak. Masa tu novel terbaru dia bertajuk 1511. Tak minat sangat. Jadi tak der la beli pun buku tu ( lepas tu berdasarkan daripada komen di blog-blog, ramai yang memuji karyanya ini). Satu yang nak di komen tentang penampilannya…. masa novel 1511 dilancarkan, penampilannya agak berserabut sikit berbanding hari ini. Hari ini dia dah ada satu identiti yang agak “cool”. Atau boleh dikatakan penampilan yang lebih matang dan tenang.

Disebabkan dah beli bukunya, jadi kenalah bacakan…. bila kita bawa balik buku tu balik ke asrama, my room mate bagi tau kawan dia memang minat betul dengan FT ni…tak habis lagi baca buku tu…. but at the back of the book, ada disertakan karya-karya FT yang pernah diterbitkan oleh pelbagi majalah ( seperti Dewan Sastera, Dewan Siswa)

My comment tentang teknik penulisannya – bagi kita, FT adalah seorang penulis yang mengikut gaya penulis-penulis tersohor zaman dulu ( dia mengaku bahawa salah seorang gurunya adalah Pak Samad semasa pelancaran buku tersebut) , macam Pak Samad, Shahnon Ahmad… yang mempunyai gaya penulisan yang agak sinis. Dia adalah penulis baru yang membawa kesinambungan generasi lalu. Corak penulisannya dan gaya bahasanya macam penulis era 60an dan 70an…lebih kepada sastera. Agak sukar untuk kita mencerna lenggok bahasanya. ( kita lebih sukakan corak penulisan yang agak ‘direct’ dan agak moden seperti karya-karya Allahyarham Dr. Othman Putih… Khatijah Hashim, Azizi Abdullah, Rejab F.I, S.Othman Kelantan).

Mungkin lepas ini kita cuba cari pulak novel terbaru FT – Tuhan Manusia, dan cuba memahami apa yang ingin disampaikannya…..siapa tahu… mungkin kita dapat mempelajari sesuatu daripada tulisannya….eemm…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s