Sufiah Yusof…dimana bijaknya dia..?

Posted: April 9, 2008 in Uncategorized

Salam….

Dulu…sepuluh tahun dahulu, dunia digemparkan dengan kebijaksanaan seorang gadis dalam bidang matematik…. Gadis kacukan Pakistan dari bapanya dan Melayu dari ibunya yang berasal dari Johor sangat membangggakan kerajaan Malaysia. Sehinggakan ..sampai satu ketika, kerajaan Malaysia hendak menanggung pelajaran gadis tersebut – antara pelajar termuda yang berjaya memasuki universiti Oxford. Masih ingat lagi, ketika itu, kita masih berada di UPM… bersama kawan-kawan lain..senior berborak di kedai makan tentang gadis ini. Dan juga susulan tentang kehilangannya…..

Kini, setelah sepuluh tahun berlalu…… apa yang terjadi kepada Sufiah Yusof? Gadis genius yang menjadi kebanggaan Malaysia dan menjadi kekaguman masyarakat dunia?…. menjual diri untuk meneruskan hidup…. Atau dalam kata yang lebih kasar….pelacur!

Itulah cerita hangat yang menghiasi dada akhbar…seorang yang mempunyai kebijaksanaan dalam bidang matematik..( sepatutnya dengan kebijaksanaan itu, dia mampu memperolehi pendapatan lebih daripada yang diterimanya sekarang dengan melacur- 130 pound = RM 840 sejam), tentu sudah menjadi jutawan dengan formula-formula matematiknya..

Sekarang… mari kita teliti apa sebenarnya yang berlaku…. Kita tidak mungkin mengetahi kisah sebenar gadis bertuah yang malang tersebut. Hanya dia sahaja yang mengetahui mengapa jalan itu yang dipilihnya…. Tetapi sebagai seorang pemerhati… apa yang boleh dikatakan adalah….dia adalah mangsa keadaan….

Ya! Memang dia dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam bidang matematik…. Dalam usia yang muda..13 tahun dia mampu menyelesaikan masaalah matematik yang sangat kompleks. Tetapi… disebalik itu….ramai orang tidak melihat…. Dia masih seorang remaja. Hanya matematik yang dikuasainya… tetapi bidang lain…? Ya… dia mempunyai IQ yang tinggi…. Tetapi….EQ dan SQnya…? Sama seperti gadis remaja lain…yang memerlukan bimbingan dan tunjukajar daripada orang tuanya dan juga didikan agama.

Adi Putra…. Seorang lagi genius matematik yang dilahirkan di Malaysia…pasti menghadapi masaalah yang sama. Ya…tidak dinafikan dia sangat bijak dalam bidang matematik….( sehinggakan kerajaan Malaysia tidak tahu dimana hendak ditempatkan Si Pelajar Pintar Matematik ini….di sekolah biasa? Ditahun berapa? Di Universiti? Unisel ?) Malang sekali baginya…dicampak kesana-kemari atas sebab kelebihannya dalam matematik. Pastinya kita sebagai rakyat Malaysia, tidak mahu melihat Adi Putra berakhir kehidupannya menjadi sampah masyarakat ( tetapi perkara itu tidak mustahil akan terjadi – buktinya telah ada didepan mata…)

Kerajaan Malaysia sebenarnya belum lagi bersedia untuk menerima kehadiran kanak-kanak genius ini. Bila itu terjadi…..kerajaan seolah-olah melatah dan terkejut…..tidak tahu apa yang harus dilakukan kepada budak-budak pintar ini. Sesuatu yang umum kena sedari… mereka masih seorang kanak-kanak….. jangan sesekali merampas zaman kanak-kanak daripada mereka. Itu zalim namanya. Zaman kanak-kanak adalah zaman dimana mereka akan mencuba berbagai benda di sekeliling mereka….bermain….bergurau dengan teman sebaya…..bergaduh….bertumbuk….jatuh…bangun …..biarkan mereka menangis kerana luka dilutut akibat jatuh daripada basikal atau luka kerana bergaduh dengan teman sepermainan yang merampas permainan di tangan daripada menangis ditahan oleh polis…

Suka-duka zaman inilah yang akan membentuk mereka menjadi insan yang berdaya tahan dan berdaya saing. Sayangnya ibu bapa zaman ini, boleh dikatakan sayang tidak bertempat….luka lutut sedikit sudah dihantar ke hospital….jatuh dan bergaduh di sekolah…. Sekolah dan gurunya mahu disaman…. Wah! Manja betul anak-anak zaman sekarang….. hasilnya …? Sepuluh atau dua puluh tahun lagi …mereka akan menjadi manusia yang “fragile”. Tidak tahan dengan dugaan….hilang jati diri…. Mudah terpengaruh dan dipengaruh….

Berbalik kepada kanak-kanak pintar di Malaysia tercinta ini…apa yang harus dilakukan terhadap mereka ini…? Pada pendapatku yang tidak pintar ini….

  1. Dedahkan mereka dengan ilmu yang tidak lagi mereka tahu….ya…mereka bosan di sekolah kerana matapelajaran matematik yang telah mereka kuasai… tetapi bidang lain? Lukisan…muzik….bahasa…agama
  2. biarkan meraka bermain….zaman kanak-kanak adalah zaman untuk bermain dan mencuba…bukan dengan membebankan mereka dengan masaalah yang tidak sepatutnya… seperti di mana mereka hendak ditempatkan…

Dan kepada ibu-bapa….biarkan anak anda jatuh, kerana tanpa jatuh…mereka tidak akan tahu erti bangun….biarkan mereka susah… kerana tanpa susah mereka tidak akan tahu erti senang….dan biarkan mereka menangis… kerana tanpa menangis…tidak mungkin mereka tahu erti ketawa….

Semoga kerajaan Malaysia akan mengadakan kempen selamatkan Sufiyah-Sufiyah Yusof yang ramai di Malaysia daripada menghabiskan duit rakyat Malaysia mengadakan Kempen Selamatkan Suffiya Yusof di UK..

Wallau’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s