Kemelut Politik….

Posted: April 9, 2008 in Uncategorized

Salam….

Hari ini keadaan boleh dikatakan agak ‘sejuk’ sedikit…

Minggu lepas….bukan main ‘panas’ lagi…

Ah! panas cuaca di Kuala Lumpur ini yang menjadi persoalan… penghuni kota metropolitan ini dah mangli dengan cuaca tidak menentu di Kuala Lumpur ini…

Pilihanraya telah 3 minggu berlalu…. tapi kemelut yang berlaku tidak lagi reda….

Sudahlah keputusan pilihanraya Umum ke-12 di luar jangkaan…. kemelut dalaman yang berlaku dan dilaporkan seolah-oleh membuka pekung di dada….

” Bengong” – antara “4B” yang berlaku dalam UMNO. Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah tentang kemelut pilihan Menteri Besar yang berlaku…. Seperti yang diketahui umum, Menteri Besar Kedah adalah dari Parti Pas- disebabkan kemenangan mejoriti PAS, Perak yang pada mulanya juga menghadapi krisis pemilihan MB, dapat diselesaikan- itu pun kalau ikut logik akalnya memanglah patut menjadi konflik kerana ketiga-tiga parti pembangkang (Keadilan, Pas dan DAP) menang dengan jumlah kerusi yang hampir sama.

Tapi…. negeri-negeri yang dimenangi oleh BN iaitu Perlis dan Terengganu menjadi satu isu yang berlarutan. Kelakar pun ada bila memikirkannya…or i prefer to called it “Bengong”… X-MB Perlis Dato Shahidan Kasim, pada mulanya tetap mempertahankan kedudukannya sebagai MB, kelakarnya tidak di iktiraf oleh Pihak Istana yang memilih Datuk Md Isa Sabu sebagai MB.

Bagi negeri Terengganu pula…kemelut yang berlaku lebih lama.Kelakarnya… semua 23 orang ADUN di Terengganu menentang perlantikan Dato’Ahmad Said sebagai Menteri Besar oleh pihak istana. Mereka tetap mahu Dato’ Idris Jusoh menjadi MBnya. Entah apa yang diguna-gunakannya. semua sepakat mahu Dato’ Idris Jusoh MBnya. Bertambah kelakarnya lagi…. sungguh berani mereka ini menentang dan sekaligus mengugut Sultan. Manakan tidak… sanggup mereka mengeluarkan kenyataan kepada Dato Ahmad Said- seandainya menerima perlantikan sebagai Menteri Besar Terengganu… keahliannya sebagai ahli UMNO akan di lucutkan…. sungguhh berani mereka…. Tetapi….Sultan tetap menunjukkan kuasa…kuasa raja berpelembagaan. Tidak akan tunduk dengan tuntutan mereka ini. Perlantikan tetap diteruskan….Amaran dan ugutan daripada para Adun tidak diendahkan…. akhirnya apa yang terjadi….. ternyata mereka hanya menyalak bukit.

Di PRU ke-12 ini mereka tetap meletakkan dan kononnya mahu mempertahankan kedudukan Melayu. tetapi tindakan mereka sendiri…. menunjukkan mereka tidak menghormati Kedaulatan Raja Melayu dan Bangsa Melayu. Siapalah Melayu tanpa sultannya. Sejarah kesultananan Melayu Melaka telah menunjukkan bahawa Sultan berada di hierarki tertinggi dalam sesebuah kerajaan. Hang Tuah sendiri sanggup membunuh sahabat karib sendiri kerana arahan daripada Sultan.

Apa yang berlaku setelah perlantikan MB tetap diteruskan….? tiada apa yang berlaku…. dapat pula mereka menerima keputusan Sultan Mizan tentang perlantikan Dato’ Ahmad Said. Kononnya masaalah yang berlaku telah dapat diselesaikan dengan berhemah. Dengan berhemah?! menyelesaikan masaalah yang dibuat sendiri bukannnya penyelesaian berhemah…..cari penyakit sendiri….betapa sebenarnnya mereka hanyalah pengugut…

Dan kelakarnya…. bila kaki tersadung dan hampir tersembam…… segala pekung yang dibendung selama ini terbuka di depan mata… segala busuk di hati dimuntah semuanya…. terbukti segalanya selama ini adalah palsu belaka….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s