Kebangkitan Seorang Puteri…..

Posted: March 9, 2008 in Uncategorized

Demam pilihanraya telah berakhir…..

Keputusan undian telah diketahui……

di sini, di Lembah Pantai – 2 calon hebat bertanding……

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lawan Pn. Nurul Izzah…..

Seorang yang berpengalaman……12 tahun menjadi wakil ( 2 penggal) di Lembah pantai….. seorang Menteri….akhirnya tewas kepada seorang budak hingusan…..

Bukan menang tipis…. tapi menang dengan majoriti 2,895 undi…..:)

Tadi, berita jam 1 tadi baru berkesempatan menonton berita di tv…..

Datuk Sharizat ditanya tentang kekalahannya kepada calon baru….ada nada kesal dan terkilan di wajahnya….

“Saya telah membangunkan kawasan Lembah Pantai menjadi satu kawasan metropolitan, dan saya harap dapat menjaga wakil rakyat baru dapat menjaga sepertimana saya telah lakukan…..” ( dan juga sebenarnya ada nada tidak puas hati di situ…hehehe)

Kalau tak silap….lebih kurang begitulah kata-katanya kepada pemberita….

Rakyat Malaysia nampaknya tidak pernah lupa…….mungkin tidak pernah sesekali akan lupa…..

aku juga tidak mungkin akan lupa……

Rentetan-rentetan peristiwa tahun 1999/2000……

Dimana kes Anuar Ibrahim sedang hangat…..

Masih ingat lagi aku dengan rakan serumah….menyambut tahun baru….Tahun Millinium….

kala remaja lain menyambutnya diDataran Merdeka atau KLCC….. kami menyambutnya di rumah……

buat apa…..????

Tengok CD reformasi…. bagaimana Datuk Seri Anuar ditahan……di kediamannya…..dihadapan keluarganya….dihadapan anak kecilnya……di hadapan penyokong-penyokongnya…..digari…..

Tidak juga kulupakan….. bagaimana di zaman kegemilangan Datuk Seri Anuar Ibrahim…..isteri di sisi penjadi peneman setia……teguh berdiri di sisi sang suami…… ada artikel yang pernah kubaca…..( majalah lama – kalau tak silap majalah Mastika -tahun 80an) yang memaparkan cerita tentang kehidupan Datuk Seri Anuar dan isterinya yang seorang doktor dan anak sulongnya yang baru berjalan bertatih….

Tidakkan kulupa, bagaimana kebangkitan Dr. Wan Azizah setelah suaminya dipenjarakan……

Bagaimana dia bangun berjuang menegakkan keadilan bagi suaminya……

Tentu sukar sekali hidupnya….. kemana hendak dipinta pertolongan…..

Dikala kesukaran-kesukaran yang bertimpa-timpa…..ada tangan yang menghulurkan tangan kepada Nurul Izzah….

Muncul seorang Putera Raja menghulurkan tangan menjadi tongkat penyelamat kepadanya dikala ketiadaan sang bapa untuk menjadi pelindung……. tentu sekali banyak tohmahan dan kejian yang terpaksa diterima untuk mengahwini seorang Puteri Reformasi….

PERKAHWINAN NURUL IZZAH DAN RAJA AHMAD SHAHRIR ISKANDAR

PERKAHWINAN NURUL IZZAH DAN RAJA AHMAD SHAHRIR ISKANDAR

Kini….saat dan masanya telah tiba…. Si Puteri menunjukkan kuasa……..

Si Ayah di Kiri….

Si Ibu di Kanan

Si Suami teguh di belakang…..

Tiada siapa yang mampu mengganggu-gugat lagi…..

Zaman kebangkitannya telah tiba……

Kita nantikan…..

Kebangkitan Seorang Puteri Reformasi……

Advertisements
Comments
  1. mudin001 says:

    ida: iyalah niza..walau dah byk jasa yg ditaburkan, kalau ada pilihan yg lebih baik org mesti pilih yg lebih baik. lg pun pengundi skarang dah bijak memilih..bukan pembangunan lg yg jd fokus utama, tp keperibadian jugak org tgk.
    Ada org tanya: “Nak pilih mak cik ke adik?” ..hehehehe

  2. Nizarejab says:

    lama sangat dah pegang jawatan….
    patut bagi kat orang baru…. semangat baru….idea baru….
    Jangan tamak….
    hidup jadi lebih mudah dan senang…..

  3. Kheru Khek says:

    salam ticer, 2 penggal ka 3 penggai …. 12 tahun kalu 3 penggai la .. wasalam

  4. Kheru Khek says:

    salam tiicer, 2 penggai ka 3 penggai … 12 tahun kalu 3 penggai … nak jadi “ticer” sejarah tak boleh silap .. ish ish ish … wasalam

  5. Fiq Life says:

    owhh dah kawin rupa nye dia nie! lebih baik jaga laki dari jadi pemimpin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s