School Based Experience (SBE)

Posted: March 3, 2008 in Nukilanku...

Salam….

Sekarang, dah masuk minggu ke-2 untuk SBE. Kumpulan kami, Sarah, Asman dan Azizul ditempatkan di Sekolah Seri Murni, Selayang bermula pada 25/02/2008 sehingga 07/03/2008.

( 25/02/2008 – Isnin) First day, nothing much….
Kami sampai lewat….. tak boleh buat apa…..jarak perjalanan dari Ipba ke sekolah agak jauh. Naik LRT dari Kerinci ke Terminal Putra, dari Terminal Putra Gombak, kami terpaksa ambik teksi ke sekolah. Tambang dalam lingkungan RM 8.30. Subuh pula masuk lambat…eemm….

Sampai kat sekolah….. berdebar jugak hati……
mana taknya….. dah la sampai lewat…… bebudak tengah assembly plak tu….
kami duduk jer kat belakang….( ye lah mana berani nak g depan kan….hehehehe)
tetiba…..ada guru datang menyambut kami. Cikgu Khidir….meminta kami duduk bersama-sama guru lain di atas pentas…..
alamak….malunya….dah tu..duduk depan sekali plak tu….

Lepas itu kami diperkenalkan oleh Cikgu Faizal (PK 1 Sekolah) kepada para pelajar…..
Bila duduk kat depan…melihat kepada budak-budak tu….rasa cam nak cubit-cubit jer bebudak tu….hehehehe
bukannya apa….comel-comel jer….geram betul….selalunya kita dah biasa dengan budak-budak dewasa….
ni dengan bebudak kecik….

Kami rasa sangat dialu-alukan ke sekolah tersebut…..
Puan Jasmin ( ketua Panitia Matematik) dan En. Faizal ( PK 1) sangat memberi kerjasama terhadap kami.
Mulanya, kami agak keliru juga sebenarnya dengan tugasan kami di sekolah. Rupa-rupanya…kami perlu lebih spesifik…. jadi, kami ambik keputusan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang tugasan daripada pensyarah penyelia kami, Pn. Khaliza.

Jadi, bila tamat sahaja waktu persekolahan, dan sampai di IPBA, kita terus pergi berjumpa Pn. Khaliza untuk mendapatkan penjelasan tugasan.

Setelah jelas apa yang diperlukan, maklumat itulah yang kami minta daripada pihak sekolah.

( 26/02/2008 – Selasa) Hari Ke-2.

Hari ini, kami berjaya mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Kertas-kertas ujian pelajar, Alat Bantuan Mengajar ditunjukkan kepada kami. Kami diperkenalkan dengan seorang lagi guru Matematik, Cik Sathiya, yang mengajar darjah 5. ( Puan Jasmin mengajar darjah 6). Kali ini kami lebih bersedia kerana lebih faham tentang maklumat yang dikehendaki oleh Pensyarah…

(27/02/2008 – Rabu)

Hari ini, kami diberi peluang kali pertama oleh En. Faizal untuk membuat pemerhatian teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Disebabkan kami berempat, jadi kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kita dengan Azizul dan Sarah dengan Asmani. Kita dan Azizul ditempatkan di kelas Cik Sathiya ( 5 Murni), sementara Sarah dan Asmani di kelas Pn. Jasmin ( 6 Usaha). Banyak yang kami dapat… tentang corak pengajaran secara praktikal di depan mata.

Sebenarnnya, tarikh kami ditempatkan adalah bersamaan dengan hari sukan sekolah. Jadi, kebanyakan masa guru-guru dan pelajar adalah di padang menjalani latihan dan saringan untuk sukan tara.

Luckily, hari ke-4 bersamaan hari Khamis kami diberi perlepasan ( tidak hadir ke sekolah ) kerana IPBA mengadakan hari pilihanrayanya. Lagipun, sebenarnya kami dah penat betul berulang-alik ke sekolah. Dapatlah bangun lewat sket. Hehehe….

Advertisements
Comments
  1. mudin001 says:

    ida: hi niza seronok baca pengalaman awak jd cikgu..mcm x pecaya pun ada..hhehehe..cerita lg k

  2. Nizarejab says:

    Salam ida….

    Pengalaman harian saya banyak saya ceritakan dalam blog di friendster….

    klik kat blogroll kat sebelah…..
    kat me at friendster….:)

  3. Kheru Khek says:

    salam ticer, pengalaman itu baguih … tapi tu bukan yang sebenagnya … nanti la ….. wasalam

  4. one-t says:

    askum….
    sy t’trk jg dgn pengalaman awk.
    pengalaman hr pertama 2 agk same,
    bezanya…ip kami xde bus yg ckp sprt yg dijnjkn.
    tetiba plak rsk.wp agak dkt, jln kaki 1/2jam kot.
    ape yg dpt dr pbs?

    • nizarejab says:

      alaikumsalam…
      kebetulannya…masa wat pbs tu sekolah tengah sebuk dengan hari sukan dan camping…. jadi pengalaman cikgu-murid tak banyak yang dicerap. Sekarang dah posting…. pengalaman sangat berbeza. Masa praktikum lebih baik…sebab banyak berdepan dengan budak-budak dan apply knowledge yg dpt kat ip.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s