Coretan dari seorang Idola buat semua….

Posted: September 4, 2007 in Karya mereka.....

 Kepada negaraku Malaysia yang tercinta

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Itulah laungan Bapa Malaysia
50 tahun telahpun berlalu
namun sentiasa tersemat disanubariku

titik darah setiap pahlawan
bertungkus lumus menghapusi lawan
anak cicit terpaksa ditinggalkan
sanggup mati menyahut cabaran
tugu negara kini ditubuhkan
untuk memperingati setiap pengorbanan

Oh negaraku Malaysia
Tanah tumpahnya darahku
Akanku sentiasa mencurahi jasaku
hingga ke akhir hayatku
hingga terlaksana impian dan wawasanmu
Aku berjanji pada diriku
melakukan yang terbaik untukmu
memberi inspirasi kepada rakyatmu
hingga setanding negara yang maju

Ayuh rakyat
sudah sampai masanya kita membuka mata
yang lebih penting membuka minda
baik yang tua mahupun muda
beri yang terbaik dalam segala agenda
langkah kehadapan dengan jiwa membara
sudah tiba masanya
untuk buktikan pada dunia
menerokai lautan dan menjelajahi angkasa
mengharumkan negara di pesada antarabangsa

Rakyat makmur kaum berbilang
membawa hasrat jalur gemilang
bersatu teguh kita berjuang
menjerit dengan suara yang lantang
ke arah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang

I am wishing every Malaysian a “Selamat Merdeka”.
Never take our independence for granted.
Lets together bring our nation one step further.
A country with a vision and moving forward for a better future.
Each one of us has a role to make this a success.
Just believe in yourself !!

I’m proud to be a Malaysian and hoping to make the country proud.
Happy 50th Independence !

Sheikh

# Di ambil dari blog angkasawan – hasil nukilan bakal Angkasawan Malaysia Pertama – Dr. Sheikh Muszaphar Shukor….#

# Aku sangat mengagumi Dr. Sheikh dan Dr. Faiz….

– Semoga harapan yang digalas…. dan maruah yang dijunjung…..akan menjadi satu kebanggaan dan satu lakaran sejarah buat negara dan semua rakyatnya…

-Doaku dan pastinya ….sekalian rakyat Malaysia sentiasa mengiringi misi mereka berdua…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s