Hati – Mata vs Hati – Tangan vs Hati-Mulut….

Posted: June 22, 2007 in Uncategorized

Salams….

Agak-agak, apa yang terlintas di fikiran anda apabila membaca tajuk posting nie…?

Fikirkan sejenak…..

Hati – Mata…? Atau Mata Hati..?

Dua berkataan yang sama…… tapi makna yang berbeza….sudah tentu dengan tanda bacaan yang berbeza dan kedudukan yang berbeza menjadikan maksudnya juga berbeza…

Hati-Mata…

Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah hubungkait antara 2 organ badan manusia ini. Satu boleh dilihat dengan mata kasar dan satu lagi tidak dapat dilihat…..

Hati di sini dirujuk sebagai “ heart” bukan “liver”.

Adakah dua organ ini berhubung kait secara terus…?

Bagiku….jawapannya adalah ya..

Sedar atau tidak…. semasa kita berbicara dengan sesiapa sahaja…. Kita akan merenung matanya…. Dari situ kita mampu melihat keikhlasannya..dan juga jika dia berdusta… dalam sesetengah situasi…kita mampu menyelam ke lubuk hatinya…hanya menerusi matanya!

Hebat sekali kuasa mata kan….. kalau tidak…masakan wujudnya ungkapan “ Dari mata turun ke hati”. Namun…kita perlu berhati-hati kerana ramai yang mampu memanipulasi kuasa mata sehingga ramai yang tertipu..( dalam hal ini, sebenarnya para pelakon filem/drama adalah antara kumpulan individu yang paling pandai memanipulasi kuasa mataJ)

Hati – Tangan

Adakah hati dan tangan berkadar terus?

Bagiku….ya….kerana lebih mudah aku menyatakan apa yang tersirat di hati di atas kertas putih atau di papan kekunci computer….;)

Seringkali kita terbaca di akhbar tentang penderaan suami kepada isteri… ibu bapa kepada si anak….situasi begini terjadi apabila hati berada dalam keadaan resah…marah….dan sebagainya….maka..tangan dengan pantas menggapai apa yang ada dihadapan mata lantas memukul atau mendera si mangsa-mangsa ini…

Hati-Mulut….

Adakah hati dan mulut berkada terus…? Bagiku tidak…..

Bagiku… hati dan mulut adalah 2 entiti yang berbeza…. Yang tiada hubung kait langsung! Wanita selalunya dikaitkan dengan hal ini…..

Wanita, 

Apa yang dikata sebenarnya bukan apa yang dikehendaki oleh hatinya…. Jika mulutnya mengatakan tidak…..sebenarnya hatinya mengatakan ya…..jika mulut mengatakan tak suka… namun hatinya berbunga suka….

 

Bagaimana harus dikatakan…. sudah sememangnya wanita dilahirkan begitu. Bukan niat untuk menipu…. tapi sifatnya yang sememangnya diselubungi rasa malu…..

 

Jadi…Wahai sang lelaki…. pandai-pandailah anda membaca dan menilai isi hati pasangan anda :)…

Kerana wanita memangnya makhluk Allah yang penuh misteri….yang sukar difahami….. dan amat mudah dilukai…. namun semangat kentalnya tidak terlawan dek lelaki…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s