Perjalanan yang sehala…

Posted: June 12, 2007 in Uncategorized

Semua orang tahu….

Semua orang menyedarinya…. 

Hidup ini adalah satu perjalanan…

namun sayangnya,

ramai yang tidak tahu dan tidak sedar….

Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang sehala… 

Satu perjalanan yang tidak memungkinkan sesiapapun untuk berpatah balik…..

 Satu perjalanan yang mesti diteruskan walau apa pun yang berlaku….

Seperti kata hukamak…

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara….

Sihat sebelum sakit…

Muda sebelun Tua..

Kaya sebelum Miskin

Lapang Sebelum Sempit..

Hidup sebelum Mati….

Seringkali kita mendengar orang mengeluh….

“Kalaulah ku tahu begini jadinya….takkan ku lakukan begitu”

“Kalaulah aku diberi kesempatan untuk kembali ke masa itu, tak akan ku lakukan kesilapan ini”….

Mana mungkin…..mana mungkin kita boleh kembali ke masa lalu…untuk membetulkan kesilapan yang kita buat….

Apa yang mampu kita lakukan adalah meneruskan perjalanan kita…..

Dan menjadikan pengalaman lalu sebagai satu pedoman agar kesilapan lalu tidak berulang……

Dan keputusan yang akan kita buat…..lebih tepat…tanpa ada penyesalan….

Di samping itu…

Semasa melangkah…. mata kita harus pandai meneliti dan mengawasi…

agar perjalanan hidup kita sentiasa dijalan yang lurus….

kerana,

tatkala kita termelencong dari jalan yang sebenar…

takut-takut…..kita akan sesat….

takut-takut kita tidak akan berjumpa dengan orang yang boleh menunjukkan ke jalan yang sebenar….

Semoga kita diberi petunjuk olehNya untuk kembali ke jalan yang benar….

Satu kesilapan dalam hidup kita sebenarnya…

terlalu mahal harganya….

kadang-kala tidak termampu untuk kita membayar harga sebuah kesilapan…

Apa jua yang berlaku…..

Perjalanan hidup mesti diteruskan….tanpa berpaling lagi…

Kerana ia adalah perjalanan yang sehala…

Perjalanan yang menuju satu destinasi…..destinasi yang hakiki..

Advertisements
Comments
  1. mudin001 says:

    sehala… tapi berliku.
    tergelincir, maka sesat.

    tapi peluang sentiasa ada, untuk memulakan kembali
    kerana titik permulaan ada dimana-mana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s