Aku sudah tiada masa…

Posted: May 31, 2007 in Uncategorized

Semalam, ( 30/05/2007 – Rabu), negara dikejutkan lagi dengan kemalangan ngeri yang meragut nyawa 8 sekeluarga. Sang bapa, si anak-anak dan si cucu menjadi mangsa. Entah salah siapa sebenarnya…. Lori trailer yang dipandu  merempuh deretan kereta yang sedang berbaris untuk membayar tol .

 

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

 

Terasa sayu dan hiba bila mereka dikebumikan dalam satu kubur.

Masih terasa kematian Fadhli. Terasa begitu rapuh sekali nyawa manusia. Fadhli telah ditentukan kematiannya – namanya akan terus dikenang sebagai seorang Wira. Tambahan lagi bagi mereka yang telah diselamatkannya.

 

 blog mereka yang terakhir bersamanya.

 

http://ethanako.multiply.com/journal/item/20?mark_read=ethanako:journal:20&replies_read=2

 

 

Aku pula bagaimana…? Anda pula bagaimana ? Bagaimana pengakhiran kita.? Bagaimana kisah akhir kita sebelum kita dinokhtahkan?

Gerun sekali bila memikirkannya……

Gementar setiap tubuh anggota…

Ah! umurku masih muda, belum tiba masa lagi untuk aku mati.

 Siapa berani berkata begitu..? Hatta untuk menjamin bahawa esok kita masih mampu untuk menghirup udara di bumi ini pun tiada siapa boleh menjamin!

Gerun sekali apabila memikirkannya. Adakah amalanku sudah cukup?

Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu tuhanku?

Aku tidak tahu. Anda juga tidak akan tahu…. entah bila si Penulis Hakiki akan menokhtahkan  watak-watak kita dalam kisah ciptaanNya. Entah bagaimana pengakhiran cerita kita….

Aku sebenarnya sudah tiada masa lagi. Anda juga begitu.

Aku sebenarnya sudah tiada masa.

Aku tiada masa lagi untuk berasa marah.

Sudah tiada masa untuk rasa berkecil hati dengan sesiapa.

Sudah tiada masa untuk membiarkan sesiapa mencalar, meluka atau merobek hatiku…

Sudah tiada masa…

Masa sudah terlalu suntuk untuk menyakiti hati sesiapa.

Masa sudah terlalu suntuk untuk mencaci mengumpat atau mengata sesiapa…

Masa sudah terlalu suntuk untuk melakukan sesuatu yang sia-sia….

Sisa masa yang ada….

Hanya sempat kita gunakan untuk memperbaiki amalan kita….

Mempersiapkan bekalan yang ada…..

Menambah, menampung atau mengganti amalan yang tertinggal atau disengaja…

Maafkan aku sahabat semua…..

Andai ada yang tercalar…. terluka atau bernanah…

Kupohon maaf dari semua… tulus dari hati….

andai ada hutang yang perlu ku bayar….

akan aku segerakannya…..

 

Wahai sahabat semua …..

Ku doakan kebahagian anda semua….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s