Realiti Satu Kehidupan…

Posted: May 24, 2007 in Uncategorized

Realiti Suatu Kehidupan…

 

Hidup ini bagai satu pentas sandiwara. Saat-saat gemilang adalah detik yang sangat manis dalam hidup kita. Di saat itu, kita akan dikelilingi oleh ramai orang…. Kita akan menari menyanyi gembira…. di sepanjang jalanan yang kita pilih…. menuju destinasi kita….Mereka disekeliling kita turut bertepuk-tangan, meraikan kegembiraan dan kejayaan kita…. Namun….ada ketikanya….kaki kita akan tersadung…..kita mengaduh kesakitan…. Namun, kita masih boleh bersorak gembira lagi……tanpa kita pedulikan kesakitan yang sedikit….

 

Disaat sedang kita rancak menari…..kaki tersadung lagi…….kita jatuh terduduk….. mereka tetap bersorak …… namun hanya ada satu tangan yang menghulur untuk kita bangun semula …… kali ini… perasaan kita sudah tidak lagi segembira tadi….. kita tetap harus meneruskan perjalanan …. Di pertengahan jalan … kita tersadung lagi batu yang lebih besar….menyebabkan kita tersembam…… tiada lagi tangan yang menghulurkan bantuan untuk kita berdiri……. Mereka tetap bersorak…..

 

Dengan tenaga yang ada, kita gagahi juga untuk bangun…..meneruskan lagi perjalanan yang belum sampai ke destinasinya…. Kesakitan kali ini lebih mendalam…. Perjalanan kita juga sudah tidak segagah tadi…..dengan sisa tenaga yang ada, kita teruskan perjalanan….

 

Di pertengahan jalan ….. terdapat pula satu lubang yang sangat dalam….. tanpa kita sedari…. Kita terjatuh ke dalam lubang tersebut….. kali ini… tiada siapa yang datang membantu kita…. Kita menanti…dan menanti…dan terus menanti…. Namun..tiada siapa yang lalu untuk memberikan bantuan… kita sedar kini,….
Ada 2 pilihan di tangan kita….. samaada menanti lagi…entah sampai bila …… ataupun
cuba memanjat keluar dari lubang itu……

 

Di dalam lubang itu… terdapat banyak tulang belulang yang berselerakan….. jelas sekali….. pengembara sebelum ini telah banyak yang terjatuh ke dalam lubang ini…. Samaada mereka gagal keluar atau mereka mati dengan hanya menanti…..

 

Kita perhatikan disekitar lubang itu….. terdapat akar –akar pokok yang berjuntaian….

Kita gunakan sebagai tali untuk memanjat….akhirnya….kita berjaya keluar dari lubang maut itu….

 

Namun…..hakikatnya…. kita sudah tiada lagi tenaga untuk meneruskan perjalanan ini….. untuk bangun sekalipun sudah tidak mampu…..

 

Tiba-tiba….ditepi jalan itu terdapat satu tongkat kayu yang masih utuh….. kita gapai tongkat tersebut….kita jadikan pasak untuk kita bangun dan meneruskan perjalanan….

 

Di sepanjang perjalanan…. terlihat ramai lagi pengembara yang tersungkur…… ada yang masih gagah meneruskan perjalanan dan ada yang sudah berputus asa……tidak bangun dari kejatuhan….

 

Tidak! Kita semestinya tidak mahu menjadi seperti mereka….. Perjalanan ini harus diteruskan…..kerana kita amat pasti dihujung jalan…..destinasi yang dituju adalah satu kebahagiaan yang pasti……sebuah syurga untuk didiamai…..

 

Begitulah pentas sandiwara kita……

 

Di kala kita senang…ramai yang datang….dikala kita susah ….. mereka tetap datang untuk melihat kesusahan kita …. Bukan untuk menghulurkan bantuan…… walau apa jua caranya….kita mesti meneruskan perjalanan kita sendirian…….tanpa mengharapkan sebarang bantuan dari mereka…..

Dikala kita susah sekali dua….mungkin ada yang menghulurkan bantuan….namun…bila kesusahan terus tertimpa-timpa…..tiada lagi bantuan yang dihulurkan…..tiada lagi pertolongan yang diberikan……kita mesti berdiri atas kaki sendiri…dan berserah kepadaNya…

 

Bila kita terjatuh kedalam lubang gelap…- akibat dari satu kesilapan yang tidak sepatutnya kita buat, tiada siapa akan menghulurkan bantuan untuk kita menghadapinya… . Pilihannya di tangan kita… samaada terus bangkit dari kesilapan dan tidak melakukan kesilapan yang sama lagi atau terus berada didalam kesilapan itu…..dengan beranggapan….tiada jalan keluar dari kesilapan itu…….

 

Tuhan sentiasa adil kepada kita….

 

Walaupun kadang-kala ramai yang meyalahkan takdir…. Dia tetap memberi peluang kepada kita untuk untuk membetulkan kesilapan kita – selagi hayat masih dikandung badan…. Selagi itulah peluang untuk kita terus bangun…. Dia tidak pernah zalim kepada hambanya…… Dia sentiasa memberikan pertolongan kepada hambaNya…. Cuma kadang-kadang hambaNya yang tidak dapat melihat bantuan yang diberikan…..lalu menyalahkan Tuhan yang Maha Kuasa…. Tidak ramai yang mampu menggunakan akar dilubang gelap sebagai tali untuk keluar dari lubang gelap…. Tak ramai yang memerhati kayu-kayu perkasa di tepi jalanan sebagai Tongkat Sakti untuk untuk meneruskan perjalanan hidup – Satu perjalanan yang mesti dilalui dan disudahi oleh semua orang…

 

Kesudahannya hanya dua bagi kita semua….. tersungkur di jalanan… atau menemui syurga bahagia dihujung jalan…..

Advertisements
Comments
  1. mudin001 says:

    HahaH! Selamat memblog! 😉

  2. Niza Rejab says:

    tq…tq….
    terkezuttt….muding plak……
    saja try wordpress….
    selalu blog ngan frenster jer….hehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s