Aku Terima Nikahnya (ATN)….

Salam teman-teman….

Jangan terkejut dengan tajuk post kali ni..hehehe…

“Aku Terima Nikahnya” adalah buku yang kita sempat beli kat Puduraya..masa nak balik ke kampung sempena cuti sekolah yang lalu….

Untuk tujuan promosi kali ini…..hehehe.. kalau anda ke Puduraya… jangan lupa singgah di sebuah kedai buku ( tak ingat pulak namanya..) ..banyak menjual buku-buku agama dan motivasi…..area platform 13-15

Sengaja nak habiskan masa sementara menunggu ketibaan bas… kedai buku tu menarik untuk dihabiskan masa… sebenarnya..baru 2 kali kita masuk kedai tu..hehehe… dalam dok membelek2 buku yang ada… tiba-tiba..ternampak buku nie…. kalau ikutkan tajuk buku nie.. tak adalah nak beli sangat.. tapi, sinopsis belakang kulit buku itu yang membuatkan kita terus membeli buku ini.

Dan.. dengan jayanya, kita dapat habiskan buku ni dalam masa 6 jam perjalanan dari KL ke Alor Setar….!

Kalau Indonesia berbangga dengan kisah cinta Fahri dan Aisha dalam “Ayat-ayat cinta (AAC)”…. dengan kehadiran buku ini… saya beri jaminan bahawa kisah dalam “Aku Terima Nikahnya” tulisan Ustaz Hasrizal jauh lebih baik dari Ayat-Ayat Cinta!

Sedikit petikan daripada sinopsis ATN yang membuatkan saya tertarik untuk membeli buku ini:

Saya dapat melihat wajah abang   yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui?

Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang petunangan saya dengan seorang bakal doktor juga amat terkejut.

“Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?”

Persamaan antara AAC dan ATN adalah… kedua-dua kisah bermula dan berlatar belakangkan  timur tengah.

Yang menjadikan ATN sebuah karya yang menarik adalah kerana ia berdasarkan kisah sebenar dan pengalaman  penulis di tempat orang…dan kisah hidupnya…. dan pandangan penulis.

Satu lagi kekaguman saya terhadap penulis adalah apabila penulis – Ustaz Hasrizal… membawa pembaca untuk melihat islam dari kacamata yang berlainan dari yang biasa.

Dalam buku ini juga, secara tidak langsung.. Ustaz Hasrizal menjawab persoalan-persoalan yang kita tidak terfikir tentangnya… sedangkan perkara tersebut telah ditanamkan dalam fikiran kita sejak kecil oleh ibu bapa kita….

Salah satunya adalah apabila Ustaz Hasrizal bertanya kepada neneknya ( sewaktu beliau masih kecil)… mengapa semasa dibacakan talkin setelah mayat dikebumikan,..si polan disebut berbinkan di  atau berbintikan ibunya…..

Selain itu…persoalan tentang persandingan juga terjawab….dengan jawapan yang kita boleh fikir lojiknya….

Bercinta adalah satu fitrah manusia. Banyak didedah di media massa tentang cara bercinta anak-anak remaja zaman sekarang… tetapi Ustaz Hasrizal membawa pembacanya untuk bercinta dengan cara yang dibenarkan oleh Islam. Islam yang sebenar…. bukan yang ortodoks…. isteri tidak boleh keluar dari rumah… mesti jaga makan minum suami.. bla..bla..bla..

Dalam buku ini diceritakan menyediakan makan-minum bukan sahaja terbeban dibahu isteri…. Ustaz Hasrizal telah membuktikan bahawa lelaki hebat juga boleh menyediakan makan dan minum untuk sang isteri…

Apa-apa pun…. pastikan anda mendapatkan buku ini…. sangat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat.. samada yang bujang ataupun yang sudah berkeluarga…..

cover_01

Persoalannya….masih wujudkan lelaki yang sebegini…? ( selain Ustaz Hasrizal la..hehehe)… tapi..dengan kelahiran buku ini…. semoga lebih ramai Abu Saif dan Ummu Saif yang dilahirkan…

dan jangan lupa lawati blog Ustaz Hasrizal www.saifulislam.com

Leave a comment »

Operasi pembersihan- jom kongsi….Found at masjid

found at Masjid

Leave a comment »

Operasi pembersihan – terjumpa artikel nie..jom kongsi

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ).

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab “Pedang “

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Leave a comment »

Cerita pasal buah lagi – Buah Cepu??!!

Salam…..

Hari nie kita nak cerita tentang buah lagi… buah cepu?? semalam first time baru jumpa….baru dengar pasal buah nie dan baru rasa…..

Buah cepu nie dibawa oleh sorang ustazah kat sekolah nie… ambik masa dia balik kg. Banyak kali gak kita tanya namanya…asyik lupa jer…pastu ingat cepu mas…ingatlah buah cepu…( macam iklanlah pulak..hehehe)

Buah Cepu....

Buah Cepu....

Buah cepu yang dah dikupas....

GB sekolah tak suka sangat dengan buah nie… bukan sebab rasanya, tapi sebab buah nie bergetah….melekit-lekit tangan..

Tapi rasanya sedap….i like…hehehe…. rasanya lebih kurang macam manggis….masam-masam manis sket. Menurut cikgu-cikgu kat sini, cara nak makan buah ni…dah lepas kupas kulitnya… kita kena perah buah dia… sebab  buah nie banyak air…..kita cuba makan 2 version… bila diperah dengan tak perah…. bila tak diperah….air buah tu ada rasa macam pedar/pedo sikit ( sori…tak tau word nie dalam bm..hehehe) – tu yang peliknya….patut buah nie yang panggil buah perah kan…heheheh…

Ntah apa-apa lagi buah pelik yang kita akan jumpa. Yelah…Pahang kan besar… penuh dengan hutan…. jadi mesti banyak buah-buah hutan….

Leave a comment »

Kisah si buah perah….

Salam…..

Hari ni hari cuti….mesti banyak rancangan yang akan dilaksanakan bukan..? tapi ada juga yang kena kerja…walaupun orang lain bercuti…. mesti sedih rasanya kalau macam tu kan….tapi, pape pun….ikut cakap Puteri…” hidup mesti enjoy”..hehehe

Oklah…. hari nie kita cerita tentang kisah kita hari ini… hari Ahad, ada pasar pagi di Pekan Raub….. kita pergi pun dah lewat…dalam pukul 11 pg…..para penjual pun dah kemas barang…nak tutup kedai….

Bukannya apa kita gi lewat… ada tuisyen kat sekolah..sampai pukul 10.30 pg… lepas tu terus g pasar…. tak der pun terfikir nak beli apa-apa…saje..jenjalan..

Dalam sesaje tu pun banyak jugak barang yang kita ” terbeli” hehehe… alah…. stok makanan lah… sayur….buah….udang..bla…bla…bla…

Tetiba….kita nampak sorang makcik nie menjual buah perah…..

Ari tu, masa g KL, jumpa dengan Abang Seipul..orang Lipis…dia yang suruh cari buah perah…. kita tak tau pun rupanya…. masa makan kat kedai makan dengan cikgu2 sekolah lepas gotong-royong…. masa tu tuan kedai tengah makan…dan pelawa rasa… tu lah first time rasa buah perah….jmpa dan tau rupa buah perah.

Buah perah nie sebesar ibu jari. Panjangnya pun lebih kurang ibu jari kita nie…. warnanya gelap….cam coklat gelap….. rasanya… kawan-kawan pernah makan biji cempedak rebus?…. ha sebijik macam tulah rasanya…..

Buah perah nie dijual mengikut pot…( itu bahasa kitalah..)..kiranya satu bekas( pot)…. RM 2, kalau 3 bekas RM 5…. entah kenapa lah kita nie tamak haloba sangat… beli sampai RM 5….pastu wat balik umah….rupa-rupanya hmate sume tak makan..( ye lah…diaorang tu bukan orang Pahang pun…heheh).. masa beli tu teringat kat Abang Seipul dengan Kak Is… diorang pesan…. ceh…konon nak bawak untuk diaorang lah…. tapi lupa lak…..tak turun KL dalam masa terdekat nie…. paling-paling…hujung bulan nie…..ooopsss… cuti pulak….balik kg la..hehehe

Buah perah nie juga adalah bahan utama dalam masakan yang diberi nama ” Asam Rong”….Asam rong nie lebih kurang macam masak asam pedas….dimasak dengan ikan patin atau ayam, dicampur dengan terung… bunga kantan…. kalau tak silap, buah nie dihancurkan…dan dijadikan ramuan kuahnya…. eeerrr…kalau nak pasti..kene tanya orang Pahang lah..hehehe

Malam nie kita dah melantak banyak buah nie….eeerrrggghhh…. memang macam biji cempedak…berangin satu badan…. dan panas sket……

Satu lagi yang Abang Seipul suruh cari…. buah kepayang….. dah tanya kat makcik yang jual buah perah nie….dia kata bukan musimnya….dan kalau ada, cepat jer habis…sebab memang orang dok cari….

Kita pulak….. yang kita tahu…. buah kepayang nie kita jumpa dalam pantun jer…

Sayang si buah kepayang, dimakan mabuk, dibuang sayang…..

Tak mabuk ker buah nie…? Kalau tak silap, Abang Seipul kata yang buah yang tua yang mabuk….( or sebaliknya…dah tak ingat).. tapi insyaalah…. kita cari buah kepayang pulak..heheheh

Buah Perah.... kita hanya jumpa kat Pahang jer...

Buah Perah.... kita hanya jumpa kat Pahang jer...

Comments (2) »

Cerita pasal hobi – Tanam pokok…

Salam…. mai kita cerita lagi tentang hobi….

hobi kita yang seterusnya adalah menanam pokok….tak spesifik sangat pokok bunga ker..sayur-sayur ker….ni pun hobi lama- sama cam hobi collect buku.

Ingat lagi, masa tingkatan 1@2 , masuk dalam kelab sains… salah satu aktiviti adalah buat taman sains… untuk taman sains nie, cikgu suruh cari pokok kaktus…. punya lah susahnya nak jumpa orang/ jiran yang tanam pokok kaktus masa tu….. pusing-punya pusing….akhirnya jumpalah satu rumah cina nie, anak pompuan dia ada tanam.. kita pun beli dari dia…..( tapi kaktus tu tak pernah tanam kat taman sains sekolah pun..hehehe) jd my collection… start dari situlah kita mula minat tanam kaktus…. tambahan pulak….masa kat U, ada ekspo konvo yang jual murah… terus bertambah…. tapi sayangnya…..bila dah merantau nie…susah sikit nak menanam…pokok kat umah pun dah tak terbela…..mak pun minat menanam jugak….tapi dia tak minat kaktus…. mak minat tanam pokok bunga…tapi pokok bunga jenis daun….yang berbunga..mak tak minat sangat…. Tapi ari tu, masa pergi Camaeron Highland- Hari pekerja, kita ada beli 2 pokok bunga raya…dah bawa balik kg…. suka lah mak….tengok pokok bunga raya tu berbunga….besar-besar bunga dia…..

Mak memang suka dengan pokok…. suruh jual…tak mau….terfikir gak…mungkin satu hari nanti kita bleh buka nursery plak kan….hehehe….angan-angan….harap-harap jadilah kenyataan…..

Leave a comment »

Cerita pasal hobi lagi- buku…

Salam buat teman-teman….

Sangat mengujakan bukan kalau dapat bercerita tentang apa yang kita suka kan…eemm…jadi kita sambung lagi cerita tentang hobi…

Hobi kita yang paling lama bertahan adalah membaca…dan menyimpan buku…or books collector…

Ingat lagi, masa zaman kecik-kecik…kalau ada pesta buku- pesta buku nie dianjurkan oleh Hassani Book and Stationery.. antara rangkaian kedai buku terbesar di Sungai Petani… selalulah abah bawa…selalunya pergi dengan jiran sebelah rumah lah….best fren ketika itu- kak mek namanya…ingat lagi..waktu darjah 3, buku yang kita beli adalah Si Kelingking… masa tu cakap dengan abah…nak buku yang tebal….( selalunya beli buku yang nipis-nipis jer)… mula-mula tu tak nak jugak buku tu…sebab kita rasa tak berapa tebal…. abah cakap ..” teballah tu…” baru kita nak..hahaha

Antara koleksi buku kita masa kecik… cerita-cerita klasik, tak ingat keluaran mana, tapi harganya RM 2 saja. Paling kita ingat cerita Si Gadis Penjual Mancis ( sebab sampai sekarang pun kita masih tak fahan cerita dia…)hahaha….

Anda tau tentang cerita Si Gadis Penjual Mancis nie? Gadis kecil nie dia menjual mancis di tepi jalan di tepi sebuah rumah mewah. Dia jual mancis nie dalam musim salji. Kiranya kisah nie kat oversea lah…

Sebab tak ada orang nak beli mancis dia, dia pun menyalakan mancis dia untuk memanaskankan badan. Lepas tu dia menjenguk ke dalam rumah tu. Dalam rumah tu dia nampak ada meja makan yang penuh dengan makanan. Untuk cerita lebih lanjut… carilah cerita nie kat kedai buku..hehehe….sebab yang kita ingat, esoknya gadis tu mati kesejukan.

Koleksi Nancy Drew dan Harry Boy tak yah cakaplah….memang jadi koleksilah…

Tapi, dalam banyak-banyak buku…koleksi yang paling kita sayang adalah koleksi majalah Mastika- abah punya….kiranya koleksi Mastika dari zaman kita tak lahir lagi….tahun 60an/70an… mastika dulu dengan sekarang banyak bezanya. Dulu, mastika penuh dengan info..maklumat politik semasa…kisah luar negara…dan kolum kegemaran- cerita dari timur…. mastika sekarang kureng sket… tapi tak taulah apa dah jadi dengan koleksi mastika tu…..ada kat rumah di SP… simpan dalam kotak…. kalau dibiar kat luar…kang budak-budak nie suka menggunting… habis kang…. tapi dah lama tak balik SP.. tak tau apa dah jadi…Harap-harap elok lagi la…..koleksi mastika tu terkecualilah…seaba kita suka..

Oklah…kita jumpa esok….insyaalah..

Leave a comment »

Being a collector……

Salam berbahagia kepada semua….

Hari ni kita nak bercerita tentang menjadi seorang pengumpul….a collector….

Berdasarkan kepada blog-blog yang kita ” tersinggah” macam-macam benda orang kumpul sebagai hobi… kadang-kadang bila tengok koleksi mereka, terdetik dalam hati ..” laa…. benda macam nie pun nak simpan….buat apa..menyemak saja…”. itu bagi orang yang tidak mengumpulnya laa….. but for the collector….sampah bagi orang lain, tapi barang berharga bagi dia…

Satu blog yang kita jumpa…http://mohdfitri.blogspot.com/

blog nie cerita pasal sorang mamat nie…kumpul balik barang-barang oldschool…. cam warna air panda cap dulu2…beg sekolah…dan ntah pape lagi ntah…. bagi kita menyemak jer….tapi tak sangka….. barang-barang macam tu pun ada peminat dia….

being a collector…seseorang itu mesti mempunyai minat yang mendalam… keinginan dan ketabahan yang kuat….kalau tak…tinggal separuh jalan jer…..

semakin lama masa yang diambil untuk mengumpul barang-barang tersebut… semakin bernilai barangan tersebut….

tapi kalau barang tersebut diperolehi dengan mudah….. tak adalah trillnya….dan tak adalah keseronokannya….

yang seronoknya bila kita susah nak dapat barang tersebut…. cari..punya cari..punya cari….kadang kadang makan masa bertahun baru dapat…. masa tulah baru rasa berharga sangat ..walaupun harga barang tersebut tak sampai pun RM10.

Kita pernah cuba jadi stamp collector…..tapi tak jalan…. not in my blood kot…hahaha..

but when it comes to old notes….. perghhh…. tetiba jer jadi excited gila…. bila dah minat….macam-mcam info kita cuba dapat….untuk menambah nilai pada koleksi kita tu kan….hehehe…

Selain daripada old notes…. my collection….sejak daripada kecik lag kita suka dengan buku…..suka beli….suka baca… dan suka simpan buku… majalah….tak minat pulak….

ingat lagi….masa kecik-kecik…benda yang paling kita pantang adalah buku… maksudnya… kalau gaduh dengan adik-adik… kalau diaorang tak puas hati…apa lagi…pergi koyak buku kita la…hahaha… nak bagi kita nangis… memang jadi pun… kalau benda lain diaorang buat… tak jalan….hahaha…

oh… panjang pulak cerita….

best pulak cerita zaman dulu-dulu…

pape… kita sambung next time….

c u….

Comments (1) »

Hahaha….

hahaha….

Apa lagi boleh diperkatakan….

sungguh lama tak up-date blog nie…malas…

bukannya malas apa….nak insert gambar…tak boleh….pas tu lembab gila…. tu yang malas …

tapi… walaupun kita tak aktif menulis blog…kita suka membaca blog ….dan tak sangka….macam-macam ada..hehehe..macam pakcik astro kata….

Sekarang nie…kita tengah gila baca blog http://my-koleksi.blogspot.com/ dan link-linknya….

Nak tau blog nie pasal apa..? blog nie berkaitan dengan pengumpul wang lama…why i’m interested with this blog..? sebab this is my new hobby…

Nak kata baru tu… lebih kurang dah 2 tahun…. minat mengumpul wang kertas ni bermula bila kita mula bekerja dengan CIMB BDC , kat KLIA… ala…money changer lah tu….bila bekerja dikelilingi duit yang pelbagai negara…timbul minat untuk mengumpul…..

tapi sayang…tak lama kerja situ…but i have few FC ( foreign currency) yang dah jadi koleksi….

Then, masa ada bookfair kat PWTC…terbeli pula buku pasal duit ” Malaysia coins and notes” 1967-2004. Kita beli sebab buku tu cantik….dan murah…..RM12 sahaja….tak sangka pulak buku tu sekarang jadi buku kesayangan…errr…ye ker…ooppss…kita sayang dengan semua koleksi buku kita…hahaha…

Ok…sampai sini dulu…nanti kita sambung lagi citer pasal my new hobby nie…. luv you all…

Leave a comment »

Projek kebun sayur…

Salam ….

Pergghh… penat betul g jalan-jalan ke Cameron Higland Sabtu lepas…

Tak terasa penatnya pun sebelun tu… cuma hari ni dengan semalam….baru terasa penatnya…

Kiranya hari ini dalam sejarahlah…terbabas…semalam sempat lagi tumpang cikgu…hari ni terbabas sampai tertinggal.. terpaksa tunggu bas… sampai lewat la ke sekolah…hehehe… yang kelakarnya lagi…2 orang anak murid yang ikut rombongan… hari ni tak datang sekolah – demam. eemm…dah lepas tiga hari baru terasa penatnya…

Dari Cameron Higland, beli pokok bunga raya. Bunga raya Cameron ni yang bestnya…warna dia dan saiz yang lebih besar…..tapi dah turun kat bawah nie tak tau la selama mana boleh hidup. Dan tak pasti lagi nak tanam kat mana…kat umah sewa ni atau kat sekolah…rasanya cam nak tanam kat sekolah…. sebab kalo kita pindah pun…kiranya adalah sesuatu yang kita tinggalkan untuk sekolah ..ye tak…hehehe…

Leave a comment »